web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perjumpaan Veteran 2022 Tetap Dianjurkan - Suara Veteran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 3:34PM

Suara Veteran telah mengemukakan rayuan kepada Datuk Bandar Untuk mempertimbangkan permohonan untuk mengadakan Perjumpaan Veteran 2022 di Dataran Merdeka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjumpaan Veteran 2022 yang dianjurkan Suara Veteran tetap akan dilaksanakan 6 Jun depan walaupun terdapat cubaan untuk menghalang acara berkenaan daripada dilangsungkan.

Bagaimanapun Pengerusinya, Komander (B) Datuk Abd Rahman Husain berkata, permohonan pihaknya setakat ini untuk mengadakan perjumpaan tersebut di Dataran Merdeka masih ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, sehingga hari ini DBKL masih tidak memberikan sebarang alasan munasabah terhadap keputusan mereka yang tidak meluluskan permohonan berkenaan.

“Pendekatan kami adalah untuk mendapatkan kelulusan dan mengadakan perjumpaan secara berhemah, teratur, aman dan tenteram.

“Justeru, kami telah mengemukakan permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mereka menasihatkan kami beberapa perkara yang harus dipatuhi berdasarkan peruntukan undang-undang, antaranya mendapatkan kebenaran daripada DBKL,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abd Rahman berkata, mereka telah mengemukakan rayuan kepada Datuk Bandar Untuk mempertimbangkan permohonan terbabit namun ia turut ditolak.

Serentak dengan itu, beliau mempersoalkan kebenaran diberikan DBKL terhadap majlis sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka.

“Sebagai warga yang sentiasa patuh pada undang-undang, kami kemukakan rayuan untuk mengadakan majlis berkenaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan bagi menunjukkan kami memberi ruang seluas luasnya kepada mereka bagi mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini,” katanya.

Abd Rahman berkata, sekiranya permohonan tersebut masih gagal dipenuhi oleh kerajaan, pihaknya terpaksa mengemukakan permohonan kepada kerajaan Selangor untuk membenarkan perjumpaan tersebut dijalankan.

“Jika itulah alternatif yang ada, jangan pula muncul suara sumbang yang mendakwa kami cenderung menyokong pembangkang.

“Kami hanya mahu suara kami didengari kerajaan dan seterusnya mempertimbangkan tuntutan Suara Veteran,” katanya.

Suara Veteran sebelum ini mengemukakan lima tuntutan kepada kerajaan, antaranya menuntut pelarasan dan pelaksanaan pencen kepada veteran yang tidak menerima faedah itu.

Mereka turut menuntut pengampunan kepada bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku, pencen anggota sukarela yang dikerah sepenuh masa dan mengkaji semula pencen hilang upaya veteran. - Getaran, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: 11,294 Polis, Tentera Dan Keluarga Mengundi Awal Di Pulau Pinang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam