Berita Terkini

19 jam yang lalu: Kerajaan tidak pernah lantik mana-mana syarikat untuk mengeluarkan kad kepada individu bukan warganegara - Hamzah Zainudin 19 jam yang lalu: Polis tumpaskan sindiket penipuan kad data maklumat bukan warganegara yang didalangi presiden parti politik dari Sabah - Hamzah Zainudin 20 jam yang lalu: Malaysia antara negara catat kadar inflasi terendah iaitu kira-kira 2.8 peratus - Annuar Musa 20 jam yang lalu: MCMC diarah ambil tindakan terhadap penyebar berita tidak benar mengenai minyak masak kampit semalam - Annuar 20 jam yang lalu: Pembentukan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tekankan aspek penguatkuasaan, tindakan secara berterusan mengenai kenaikan harga barang - Annuar Musa

IKUTI KAMI


Istilah ‘Kartel Ayam’ Wujud Kerana Tiada Kawal Selia Jelas

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 9:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketiadaan kawal selia jelas daripada kerajaan dan kekurangan pemantauan pihak berkuasa berkaitan, menyebabkan tercetus isu kewujudan kartel yang didakwa memonopoli industri penternakan ayam.

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Abdul Halim Husin berkata, bagaimanapun kesahihah perbincangan diperdebatkan sehingga hari ini berhubung pertikaian kononnya industri itu dimonopoli kartel, sukar dibuktikan kerana sememangnya sebagai syarikat gergasi, pihak terbabit akan menguasai pasaran.

Katanya, apa sahaja industri pun, syarikat gergasi akan menguasai pasaran, tetapi malangnya apabila mereka menjadi berkembang dan memonopoli, mereka digelar kartel.

“Benarkan ada kartel dan siapakah mereka ini, kalau benar ada kartel?

“Secara peribadi, saya lebih suka katakan perkataan ‘syarikat gergasi’ berbanding kartel. Mereka ini bermula sebagai syarikat kecil, tumbuh secara organik dan menjadi besar serta menguasai pasaran.

“Mereka ada pada setiap bahagian, bermula daripada Grand Parent Stock (GPS) sehingga pelupusan sisa bulu dan kaki ayam,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Beliau berkata, sepatutnya persoalan diajukan adalah mengapa syarikat gergasi dalam industri penternakan itu dapat menguasai pasaran?

“Saya berpandangan, sebab tiada kawal selia jelas daripada kerajaan, kalau ada pengawal pun, tak cukup kelengkapan sebagai pengawal. Jelas harini pula, ayam sendiri tak ada ‘lembaga’.

“Semuanya banyak tertumpu hanya kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya.

'Value chain' pengeluaran daging ayam
'Value chain' pengeluaran daging ayam

Abdul Halim berpandangan, sebagai contoh, sepatutnya pengurusan permit import (AP) diletakkan di bawah MITI, import jagung dan soya dikendalikan Kementerian Perladangan dan Komoditi, kebenaran import sijil halal di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), manakala ‘najis ayam dipenuhi lalat’ diletakkan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Jelasnya, pertindihan dirasai berlaku disebabkan tiada perincian jelas dan atas kepentingan itu, pihaknya sudah menyarankan supaya kerajaan menubuhkan Lembaga Pembangunan Unggas Negara.

“Agak memalukan apabila negara bukan Islam, Thailand dan Brazil, menjadi pengeksport ayam halal terbesar dunia. Dimanakah kita hari ini?

“Sering saya agak malu bila menghadiri seminar halal antarabangsa, Malaysia bangga dengan logo halal paling terkenal di dunia, tapi sekadar logo, tanpa produk halal.

“Sebab majoriti produk halal kita, tidak memenuhi kelayakan untuk dieksport,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Halim berkata, rata-rata pengeluar Bumiputera hanya mempunyai tempat pemprosesan ayam yang sekadar memenuhi sijil halal, tetapi tidak memiliki pensijilan antarabangsa, Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

“Ketiadaan HACCP ini kerana mereka dikatakan tidak memenuhi piawaian antarabangsa disebabkan dianggap masih belum cukup ‘hygienic’ (bersih).

“Sebab itu, kita tak dapat lihat ayam Bumiputera di pasar raya besar, sebab mereka (pengeluar) dianggap tidak layak, tanpa sijil HACCP,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, foto mempunyai label ‘Langsung Tiada Melayu Bumiputra’ dalam kalangan pengeluar ayam daging yang tular baru-baru ini, seharusnya ‘menjentik hati’ semua pihak untuk bertindak.

“Rasanya kurang manis, kalau kita sekadar berasa sedih, sekadar chat (berbual) di media sosial, tapi tiada sebarang langkah atau tindakan. Baik daripada kerajaan kita sehingga rakyat kebanyakkan kerana hampir 99.8 peratus yang terlibat, pengguna ayam daging,” katanya.

Ujarnya, Malaysia adalah pengguna ayam malah tercatat sebagai ‘Top 10’ dunia dan menurut sumber, purata penggunaan produk makanan itu di negara ini melebihi dua ekor seorang setiap bulan dan sehari permintaan adalah melebihi dua juta ekor.

“KFC asal dari USA (Amerika Syarikat), tapi restoran KFC di USA tak sebanyak di Malaysia sebab di kampung dan daerah kecil pun ada KFC. Orang Malaysia memang betul-betul suka makan ayam, sedap dan protein yang paling murah berbanding ikan serta daging,” katanya.

Piramid struktur organisasi syarikat penternak ayam.
Piramid struktur organisasi syarikat penternak ayam.

Selain itu, Abdul Halim berkata, apa harus difahami adalah rantaian pengeluaran ayam agak besar, tetapi pengguna mungkin faham prosesnya sekadar membela ayam dengan memberi makan sehingga besar dan kemudian disembelih.

Lansdkap industri ayam di negara besar luar, seperti USA dan Eropah, katanya, bermula di peringkat Pedigree Elite Stock (Pure Lines) untuk menghasilkan Great Grand Parent Stock (GGPS).

Kemudian, katanya, dihasilkan Grand Parent Stock (GPS) dan ‘diterbangkan’ ke Malaysia.

“Stok baka ayam GPS akan mula bertelur pada umur enam bulan, hasilkan Parent Stock (PS). Stok PS akan mula bertelur juga pada umur enam bulan, hasilkan benih anak ayam sehari atau day old chick (DOC).

“Di Malaysia, hanya ada empat syarikat yang ada GPS dan 30 syarikat ada PS.

“DOC akan dihantar ke ladang untuk dibesarkan sekitar satu bulan setengah. Kemudian ladang dibersihkan dan diletakkan ubat pembersih kuman sebelum diletakkan DOC baharu. Proses ini ambil masa purata sekitar hampir dua bulan yang bermakna pusingan hasil pendapatan, purata di Malaysia adalah enam kali setahun.

“Dari ladang, ayam akan dihantar ke pusat memproses ayam untuk disembelih. Jika sekadar mengikut piawaian JAKIM, akan diberi sijil Halal JAKIM dan sekiranya mengikut piawaian antarabangsa, memperoleh sijil Halal JAKIM serta sijil HACCP,” katanya.

Apa pun, Abdul Halim berkata, kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ hari ini sedang bertungkus lumus memperincikan permasalahan industri untuk memastikan rakyat tidak  dipermainkan dan tidak dibebani.

Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jelasnya, mengisytiharkan ‘Jihad Perangi Orang Tengah’, bukan perkara baharu, malah Krisis di Plaza Low Yat membuahkan Bumi IT Centre di Kuala Lumpur dan kerajaan dengan penuh ketegasan menetapkan harga siling ayam pada RM8.90 sekilo, sekalipun menerima tekanan dari pelbagai pihak.

Industri ayam, katanya, berkait rapat dengan isu halal kerana terdetik dalam hati setiap umat Islam di Malaysia yang mahukan kesahihan halal sesuatu produk secara holistik.

“Maka tiada rasa keraguan apabila daging putih ayam menusuk masuk tubuh kita dan membesarkan keturunan kita apabila kesahihan halal dikenal pasti.

“Yang diisytiharkan kerajaan itu saya anggap benar-benar jihad. Membina ‘Lanskap Baru Industri Ayam’ dan meletakkan produk halal itu pada tempat yang tinggi martabatnya.

“Dengan doa dan sokongan semua, akan menjadi realiti, produk halal ayam hasil keluaran benar-benar sahih halalnya,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Persatuan Jamin Kenaikan Harga Ayam Tidak Terlalu Tinggi Bermula 1 Julai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Industri, Penternak Jamin Bekalan Ayam Mencukupi Setiap Hari - MAFI

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Elak Monopoli Bekalan, Kerajaan Perlu Usaha Ladang Ayam

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kemelut Bekalan Ayam, FLFAM Tunggu Keputusan Mesyuarat Kabinet Esok

Sorotan

1

PM Perlu Ketuai Sendiri Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi

2

Satu Malam Di Temasek, Peringatan Buat Diri Sendiri - Joe Flizzow 

3

Pemilihan Semula PKR: Hans Isaac Dahului Altimet Dengan 2 Undian

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Giant Killer’ Sabah Kadoh Agundong Meninggal Dunia

Semasa 1 hari yang lalu

Langgar Syarat, Aduan Gangguan Punca Kebun-Kebun Bangsar Dikenakan Tindakan

oleh Fitri Nizam

Sukan 3 jam yang lalu

4 Beregu Negara Buru Slot Separuh Akhir

Semasa 1 jam yang lalu

COVID-19: Dos Penggalak Tunggal CanSino Diluluskan