web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Kenderaan Peribadi ‘Kemewahan’, Bukan Keperluan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 11:27AM

Chin Tong (kanan) bersama Anthony di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mencari iltizam politik untuk menjadikan pemanduan kenderaan peribadi satu ‘kemewahan’ dan bukan lagi keperluan, bagi menangani masalah kesesakan trafik, kata seorang mantan Timbalan Menteri

Liew Chin Tong yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, bagi usaha itu, kerajaan juga disaran mempertingkatkan sistem pengangkutan awam.

Katanya, ketika ini pemanduan kenderaan peribadi hampir menjadi satu keperluan di negara ini kerana pengangkutan awam dilihat tidak wujud di banyak tempat, malah di Greater Kuala Lumpur, terdapat sangat sedikit ketersambungan ‘first mile last mile’.

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Perling itu, usaha besar-besaran mesti dilakukan dengan memperluaskan liputan bas dan mod pengangkutan awam lain supaya sekurang-kurangnya 40 hingga 50 peratus penduduk, mendapat akses kepada pengangkutan awam yang boleh dipercayai.

“Saya menyokong penuh gesaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook agar kerajaan menangani keadaan trafik yang serius di negara ini, terutama di bandar.

“Sebagai mantan Menteri Pengangkutan, Anthony bimbang dengan kesesakan lalu lintas yang semakin serius yang sudah pasti akan menyebabkan keresahan dan tekanan mental, apatah lagi kehilangan produktiviti,” katanya menerusi kenyataan.

Chin Tong berkata, kematian dan kemalangan di jalan raya Malaysia yang berada di kedudukan ke-8 paling berbahaya di dunia turut membimbangkan.

“Saya bersetuju dengan mesej Anthony bahawa ahli politik dari kedua-dua belah pihak harus kurang bercakap tentang kaum dan agama, tetapi menumpukan kepada peningkatan kehidupan seharian orang biasa.

“Makanan, lalu lintas, pengangkutan awam dan mitigasi banjir, antara lain harus menjadi perkara yang kita bicarakan kerana isu ini merentasi garis perkauman serta mempengaruhi setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Chin Tong menambah, setiap kali harga petrol global meningkat kepada AS$100 (RM437.90) setong, akan terdapat gesaan panik untuk mengurangkan bil subsidi.

Beliau berkata, menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, dengan harga minyak mentah semasa yang tinggi, subsidi petrol Malaysia sahaja mungkin mencecah sehingga RM30 bilion tahun ini, iaitu hampir dua kali ganda daripada anggaran asalnya.

“Kenaikan harga petrol tanpa menyediakan pengangkutan awam yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 40 hingga 50 peratus penduduk bermakna, ramai di bahagian bawah (B40) atau hampir bawah akan terpaksa beralih kepada motosikal.

“Kajian menunjukkan bahawa setiap kali harga petrol naik di Malaysia, bilangan kematian jalan raya meningkat. Terdapat korelasi langsung antara kenaikan petrol dan bilangan orang yang beralih kepada motosikal, dan dengan itu bilangan kematian dan kemalangan jalan raya (meningkat),” katanya.

Sementara itu tambah Chin Tong, seperti dinyatakan Anthony, pengurangan kereta persendirian juga akan membawa kepada sumbangan besar kepada pengurangan pelepasan karbon, iaitu faktor utama dalam memperlahankan perubahan iklim.

“Saya juga memuji usaha ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran untuk mempromosikan perkhidmatan ‘Kumpool On-Demand Bus Hailing’. Anthony dan saya menyokong penuh usaha Rajiv,” katanya. - Getaran, 28 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Politik 3 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad