web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Izzaddin Idris Letak Jawatan Presiden, CEO Axiata

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 8:14PM

Datuk Izzaddin Idris - Gambar dari Twitter @Malaysia601

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Axiata Group Bhd hari ini mengumumkan Datuk Izzaddin Idris akan meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa pada 31 Mei 2022, berdasarkan penamatan kontrak perkhidmatannya dengan kumpulan telekomunikasi tersebut.

Susulan itu, Pengerusi Axiata Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata Lembaga Pengarah telah melantik CEO perniagaan telekomunikasi Axiata dan Naib Presiden Eksekutif kumpulan Dr Hans Wijayasuria serta Ketua Pegawai Kewangan kumpulan Vivek Sood sebagai pemangku CEO bersama sementara berkuatkuasa pada 1 Jun, 2022.

“Mereka akan terus mengekalkan kedudukan dan portfolio masing-masing. Lembaga Pengarah juga dijangka tidak membuat sebarang penambahan struktur atau perubahan kepimpinan kanan dalam masa terdekat ini.

“(Sejajar dengan) pelantikan Dr Hans dan Vivek sebagai CEO bersama kumpulan, kami mempunyai dua peneraju industri yang amat arif dengan perniagaan Axiata. Mereka juga mahir dengan budaya serta komited terhadap kejayaan usaha-usaha kami,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shahril Ridza turut mengucapkan terima kasih kepada Izzaddin di atas kebijaksanaan, kepimpinan serta sumbangan beliau dalam menerajui kumpulan itu sejak dua tahun lepas.

Izzaddin telah menyandang jawatan berkenaan pada 1 Januari, 2021 ketika kemuncak krisis COVID-19 selepas berperanan sebagai Timbalan CEO kumpulan berkenaan sejak Januari 2020.

Beliau juga menyifatkan Izzaddin berperanan penting dalam melakar tindak balas strategik kumpulan bagi memastikan kelangsungan kestabilan serta perniagaan yang berlatarbelakang persekitaran mencabar serta tidak dijangkakan yang merentasi sebahagian besar aspek operasi Axiata.

“Sebagai ahli Lembaga Pengarah Axiata yang berkhidmat sejak November 2016, beliau juga tangkas dalam menjayakan pelaksanaan Visi 5.0 Axiata.

“Beliau telah bertindak mengumpulkan pasukan terbabit, membangunkan budaya tangkas dan digital bagi menjayakan beberapa pencapaian penting yang meletakkan kumpulan di landasan trajektori kukuh untuk meraih bidang pertumbuhan baharu bagi masa depan yang lebih mampan,” kata Shahril Ridza. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad