Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Keputusan 'Tidak Popular' Tetap Dilaksana Demi Kebaikan Rakyat - Alexander

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 6:42PM

Kerajaan telah memutuskan eksport ayam sebanyak dihentikan mulai 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai pendekatan sudah diambil kerajaan walaupun ada usaha itu dianggap keputusan ‘tidak popular’, termasuk menghentikan eksport ayam ke negara luar bagi memastikan bekalan kepada rakyat sentiasa mencukupi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, apa harus difahami, tempias krisis bekalan makanan dan keperluan harian susulan pelbagai faktor luaran, bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga banyak negara lain.

Menurutnya, situasi tersebut dilihat semakin meruncing, sehingga menyaksikan beberapa negara terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengenakan sekatan eksport terhadap barangan mereka.

“Malaysia tidak terkecuali daripada kesan peringkat global ini, memandangkan banyak bekalan makanan dan bahan mentah untuk diproses menjadi produk dijual di pasaran, sebenarnya diperoleh dari pelbagai negara luar. 

“Bertitik tolak daripada faktor ini, Malaysia seperti negara lain turut terkesan dengan sebarang sekatan eksport dikenakan negara pengeluar.

“Faktor kadar tukaran mata wang asing mengundang kesan peningkatan kos perkapalan, perolehan bahan mentah dan pelbagai aspek rantaian perbekalan,” katanya kepada Getaran hari ini.

Alexander Nanta Linggi - Gambar fail Bernama
Alexander Nanta Linggi - Gambar fail Bernama

Menyedari hakikat tersebut, beliau berkata, KPDNHEP mengambil pendekatan ‘whole of government’ atau keseluruhan kerajaan bagi memastikan segenap usaha yang memerlukan kerjasama rentas kementerian berupaya dirintis.

Sebagai contoh, menurutnya, isu bekalan ayam banyak terkait dengan bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri (MAFI) dan KPDNHEP, justeru, kerjasama antara kedua-dua pihak menjadi sandaran bagi menangani krisis bekalan serta peningkatan kos sara hidup rakyat.

“Pada 23 Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, lima langkah kerajaan untuk menstabilkan bekalan keperluan harian, khususnya ayam.

“Ini termasuk menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan, berkuat kuasa 1 Jun ini. Meskipun keputusan ini bersifat ‘tidak popular’ kepada pihak industri ternakan ayam, namun ia perlu dilakukan kerajaan yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, terutama ketika dilanda krisis bekalan makanan,” katanya.

Mengulas lanjut, Nanta Linggi berkata, KPDNHEP juga giat melakukan libat urus bersama dengan pengusaha dan persatuan penternak. 

Beliau turut berkongsi akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penternak Sarawak, di Kuching, Sarawak esok bagi memastikan bekalan makanan di pasaran mencukupi, terutama menjelang Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Dalam membantu menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, beberapa mekanisme diumumkan, termasuk Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). 

“Penetapan siling harga pada barang keperluan seperti tepung, gula, ayam, minyak masak dan bawang adalah bagi memastikan rakyat berupaya mendapatkan bahan keperluan asas pada harga berpatutan.

“Jika dibandingkan dengan harga di peringkat serantau, bekalan seperti ayam, gula dan tepung adalah jauh lebih mahal berbanding di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Pengerusi Biro Aduan Awam Kebangsaan DAP, Lim Lip Eng mengkritik kerajaan yang dilihat seperti tidak serius dalam menyelesaikan isu peningkatan kos sara hidup rakyat.

Lip Eng yang juga Ahli Parlimen Kepong turut mendakwa, kerajaan sehingga hari ini masih tidak mengumumkan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang dalam isu bekalan ayam, walaupun sudah mengadakan Mesyaurat Kabinet.

“Memandangkan isu ini mengundang krisis lebih besar, kerajaan harus bertindak proaktif dalam memaklumkan kepada rakyat berhubung inisiatif mereka bagi mengendalikan perkara tersebut.

“Apa gunanya mesyuarat dan perbincangan jika tiada pelan konkrit yang dibentangkan,” tegasnya. - Getaran, 27 Mei 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Berkuasa Penuh Dalam SRC - Bekas Pengarah

Semasa 1 jam yang lalu

PJMR 2024 Dijangka Catat RM1.6 Juta Nilai Jualan – Ewon

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis