web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayi Maut Dilanggar Bas: Pemandu Ditahan, Dakwa Dipukul Orang Awam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 3:25PM

Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut akibat dilanggar sebuah bas sekolah di hadapan rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan pemandu bas sekolah yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan seorang bayi perempuan berusia 16 bulan maut di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pemandu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, menurutnya, lelaki berkenaan sudah dibebaskan selepas mendapat jaminan pihak polis pada hari sama dia ditahan.

“Untuk maklumat, polis menahan pemandu bas sekolah tersebut semalam dan dia memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan.

“Justeru, dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Wan Kamarul Azran Wan Yusof - Gambar Bernama
Wan Kamarul Azran Wan Yusof - Gambar Bernama

Wan Kamarul berkata, polis sudah mengambil keterangan kakak kepada mangsa dan ahli keluarganya yang lain bagi membantu siasatan.

“Siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada portal ini, beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas pemandu bas sekolah terbabit membuat laporan dipukul.

“Pemandu bas tersebut mendakwa dia dipukul orang awam dan penduduk taman tersebut susulan kemalangan itu.

“Lelaki berkenaan membuat laporan polis selepas dia dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Semalam, media melaporkan, seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut akibat dilanggar bas di hadapan rumah di taman perumahan berkenaan pada jam 12.15 tengah hari.

Ketika kejadian, kakak mangsa dikatakan tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya, sebelum terperosok di bawah bas bergerak.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan. - Getaran, 27 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan