web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengilang Rakus, Tonto Bantu Pemandu Treler 'Lepaskan Diri’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 9:23AM

Kehadiran tonto yang memantau pergerakan pihak berkuasa tanpa mengira masa merupakan antara cabaran utama pasukan penguatkuasa dalam memerangi jenayah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerakusan pengilang menjimatkan kos penghantaran dengan mengisi muatan melebihi had ditetapkan dalam treler, adalah antara faktor utama pengusaha kenderaan berat menggunakan khidmat ‘tonto’ supaya dapat memantau pergerakan pihak berkuasa.

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi Persatuan Pemandu Lori dan Bas Perak, Abdullah Hashim berkata, khidmat tonto akan digunakan bagi memerhatikan pergerakan pegawai penguatkuasa yang keluar melakukan tugas rondaan.

Walkie-talkie akan digunakan untuk memaklumkan kepada pemandu treler mengenai pemeriksaan JPJ. - Gambar hiasan AFP.
Walkie-talkie akan digunakan untuk memaklumkan kepada pemandu treler mengenai pemeriksaan JPJ. - Gambar hiasan AFP.

Menurut beliau, tonto biasanya akan mengekori pergerakan kenderaan penguatkuasa sepanjang hari dan menyalurkan maklumat kepada pemandu dengan menggunakan ‘walkie-talkie’.

“Jika kenderaan penguatkuasa yang diekori melalui jalan sama dengan treler penghantaran, tonto akan memaklumkan terus kepada pemandu dan secara automatik pemandu akan memberhentikan kenderaan di lokasi ditetapkan.

“Ia adalah modus operandi biasa yang digunakan pihak tonto, pengusaha dan pemandu kenderaan berat supaya dapat mengurangkan risiko daripada ditahan dan dikenakan kompaun oleh pegawai penguatkuasa,” katanya kepada Getaran.

Abdullah berkata, tonto kebiasaannya akan memantau pergerakan pihak berkuasa dengan menunggu di pejabat mereka selepas dimaklumkan akan ada penghantaran barangan oleh pihak pengusaha kenderaan berat atau pemandu.

Katanya, tonto juga akan diberi maklumat penghantaran secara terperinci, termasuk waktu bermula dan destinasi barangan supaya dapat memaklumkan apa jua pergerakan pihak penguatkuasa seperti rondaan dan sekatan jalan raya.

“Jika ada pergerakan daripada pasukan penguatkuasa, tonto akan mengekori mereka sepanjang hari. Ia adalah modus operandi universal yang berlaku di seluruh negara,” katanya yang berpengalaman selama 36 tahun memandu lori treler.

Beliau berkata, masalah sebegini tidak akan timbul sekiranya pengilang dan pengusaha kenderaan berat tidak melakukan sebarang kesalahan dalam menjalankan perniagaan mereka.

“Pada saya, penguatkuasaan dan tindakan perundangan pihak berwajib ke atas pengilang amat penting bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan, sekali gus mengurangkan kesan atau persepsi negatif masyarakat.

“Tidak dinafikan, tonto ini bukan saja digunakan untuk kesalahan mengisi muatan berlebihan. Ada pelbagai kesalahan lain, cuma isu ini adalah penyumbang utama mengapa perkhidmatan mereka amat diperlukan,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan pendedahan Abdullah bahawa pengilang memainkan peranan utama dalam menentukan jumlah muatan untuk diisi dalam sesebuah kenderaan berat, sebelum dihantar ke destinasi.

Menurut beliau, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, disebabkan sesebuah kenderaan berat yang membawa lebih muatan tidak mampu berfungsi dengan baik terutamanya di bahagian brek.

Beliau juga mendakwa, tindakan itu adalah bagi menjimatkan kos penghantaran ditanggung pihak pengilang dengan mengurangkan jumlah ‘trip’ treler disewa. – Getaran, 27 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad