web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Vaksinasi Cacar Monyet Secara Besar-Besaran, Hanya Bersasar - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:04PM

Vaksin untuk penyakit cacar monyet hanya diberikan kepada golongan sasaran sahaja. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai perancangan untuk melakukan pemberian vaksin penyakit cacar monyet secara besar-besaran di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, vaksin tersebut hanya akan diberikan kepada golongan sasaran sahaja.

“Buat masa ini, kita tidak ada perancangan untuk buat imunisasi secara massa. 

“Kalau perlu kita laksanakan, vaksinasi hanya untuk kontak rapat kepada kes cacar monyet dan pekerja kesihatan yang merawat mereka,” katanya pada sidang media secara langsung di Facebook KKM dari Geneva, Switzerland, petang tadi.

Pada masa sama, beliau berkata, KKM juga bersedia memberikan vaksin penyakit cacar monyet bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Ini adalah perkara yang melibatkan isu strategi negara. Cuma yang saya dapat sebut, memang kita ada stok penimbal untuk keadaan seperti ini.

“Itu saya dapat sebut. Maknanya kita bersedia jika virus itu menular dalam negara,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, sebanyak 57,510 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Malaysia sejak awal tahun ini hingga semalam.

Katanya, jumlah itu menunjukkan peningkatan 24 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu ketika pandemik COVID-19.

"Dari 1 Januari hingga semalam, sebanyak 57,510 kes HFMD dilaporkan, meningkat 24 kali ganda berbanding 2,333 kes dalam tempoh sama tahun lalu (ketika pandemik).

"Jika dibandingkan dengan tempoh sama pada 2019 pula, iaitu sebelum pandemik COVID-19, peningkatan tahun ini adalah sebanyak 27,664 kes atau hampir sekali ganda,” katanya.

Malah beliau berkata, sepanjang 2020, sejumlah 17,235 jangkitan HFMD direkodkan, manakala sepanjang tahun lalu pula 4,239 kes.

Katanya, peningkatan kes HFMD mula melebihi paras waspada atau 'alert line' 878 kes, apabila sebanyak 895 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-11 dari 13 hingga 19 Mac lalu.

“Kes HFMD semakin meningkat sehingga melebihi paras amaran atau 'warning level' 1,215 kes, apabila sebanyak 1,653 kes dilaporkan pada ME ke-14 (3 hingga 9 April lalu).

"Kes meningkat ketara sejak April lalu berikutan pembukaan aktiviti sosial, termasuk sesi kehadiran penuh sekolah, TASKA, TADIKA dan TABIKA,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan kes HFMD semakin memuncak pada ME ke-20 dan ke-21 disebabkan aktiviti sosial ketika sambutan Aidilfitri.

"Hingga kini, bilangan kes mingguan terus meningkat dengan julat kes dilaporkan antara 1,500 hingga 15,000 kes seminggu atau 300 hingga 2,000 kes sehari," katanya. - Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad