web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Treler Lebih Muatan, Pemandu Ibarat Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 3:35PM

Berdasarkan sistem demerit KEJARA, mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan akan diberikan mata dengan tindakan berdasarkan kesalahan yang dilakukan. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalang sebenar bagi setiap kejadian kenderaan berat melebihi muatan sering terlepas daripada tindakan, kerana kesalahan tersebut sudah diletakkan di atas bahu pemandu.

Pengerusi Persatuan Pemandu Lori dan Bas Perak, Abdullah Hashim berkata, senario itu sememangnya sudah lama berlaku dan bukan lagi sesuatu yang luar biasa.

Menurut beliau, sekiranya seseorang pemandu treler ditahan dalam operasi, pihak berkuasa biasanya akan membawa kenderaan tersebut untuk ditimbang bagi mengesahkan muatan yang dibawa.

“Jika muatannya melebihi had ditetapkan, pemandu dan pengusaha treler masing-masing akan dikompaun maksimum RM300 bagi kesalahan tersebut. Dendanya memang ringan tapi membawa implikasi sangat besar kepada pemandu kerana mereka akan dikenakan demerit.

“Apabila mata demerit mencapai 20, lesen memandu segala jenis kenderaan bermotor akan digantung sehingga lapan bulan. Ia tidak logik kerana kesalahan tersebut bukanlah atas kehendak atau sengaja dilakukan individu berkenaan,” katanya kepada Getaran.

Berdasarkan sistem demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), mana-mana pemandu yang melakukan kesalahan akan diberikan mata dengan tindakan mengikut kesalahan dilakukan.

Untuk kesalahan demerit 20 mata pertama, pemandu akan diberikan amaran manakala penggantungan lesen antara enam hingga lapan bulan dikenakan untuk kesalahan 20 mata kedua.

Bagi 20 mata ketiga, lesen memandu akan digantung antara lapan hingga 10 bulan dan tempoh lebih lama iaitu 10 hingga 12 bulan bakal dikenakan jika pemandu memperoleh 20 mata keempat.

Mengulas lanjut Abdullah berkata, pemandu dan pengusaha kebiasaannya tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan mendiamkan diri walaupun menyedari kesalahan dilakukan dan tahu implikasi yang bakal dihadapi jika ditahan pihak berkuasa.

“Jika mengadu kepada pihak berkuasa, mereka akan disenarai hitam oleh pengilang sehingga hilang sumber pendapatan, namun jika akur, mereka perlu berdepan pula hukuman jika ditahan.

“Ditelan mati emak, diluah mati bapa,” keluhnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, isu tersebut dapat dikawal jika Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) membuat pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti penghantaran muatan dari kilang.

“Saya bukan hendak menuding jari kepada mana-mana pihak namun hakikatnya, setiap kilang mempunyai pegawai keselamatan sendiri untuk memantau semua aktiviti di premis terbabit sekali gus mengurangkan risiko terhadap terhadap barangan mereka.

“Bagaimanapun, persoalannya mengapa isu ini boleh timbul jika pegawai keselamatan dan JKKP membuat pemantauan rapi secara berterusan terhadap semua kilang bagi membendung aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut.

“Ia bukan perkara baharu, sebaliknya isu treler atau lori lebih muatan ini kerap dilaporkan dalam akhbar selain dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu Getaran melaporkan pendedahan Abdullah bahawa pengilang memainkan peranan utama dalam menentukan jumlah muatan untuk dibawa sesebuah kenderaan berat bagi dihantar ke destinasi.

Menurut beliau, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya kerana kenderaan berat yang membawa lebih muatan tidak mampu berfungsi dengan baik terutamanya di bahagian brek.

Dakwanya, tindakan tersebut adalah bagi menjimatkan kos penghantaran ditanggung pihak pengilang kerana ia mengurangkan jumlah ‘trip’ treler yang disewa. – Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar