web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budak 3 Tahun Dijangkiti HFMD, Bukan Cacar Monyet 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 3:25PM

Keputusan ujian yang dijalankan KKM mendapati kanak-kanak berkenaan positif HFMD, bukan cacar monyet seperti yang tular di media sosial. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang didakwa dijangkiti cacar monyet (monkeypox) sebagaimana tular di media sosial itu sebenarnya mendapat jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak terbabit positif Virus Coxsackie A6 (HFMD).

Katanya, pesakit sebelum itu telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam pada 13 Mei lalu dan ruam tiga hari kemudian. 

“Ruam ini menjadi ‘blister’ pada 19 Mei dan mula pecah, dua hari kemudian (21 Mei).

“Diagnosa awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Pesakit kemudiannya dipantau pakar pediatrik di Hospital Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, dua sampel telah diambil dengan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan Monkeypox. 

“Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD.

“Ini kerana keputusan adalah positif virus Coxsackie A6, dan negatif virus Monkeypox serta lain-lain virus yang diuji,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataannya memaklumkan, mereka tidak menerima sebarang notifikasi berhubung jangkitan virus berkenaan di negara ini.

KKM berkata, ia termasuklah kes membabitkan kanak-kanak didakwa dijangkiti virus cacar monyet, seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan di media sosial.

Terdahulu, tular tangkap layar memaparkan dakwaan yang mengatakan penyakit itu sudah merebak ke Malaysia.

Paparan berkenaan turut disertakan dengan gambar seorang kanak-kanak yang mengalami simptom persis penyakit cacar monyet di bahagian tangannya. - Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad