web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemalangan Maut, Pemandu Kenderaan Berat Hanya Kambing Hitam?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 12:00PM

Bagi sesebuah treler, muatan yang dibenarkan hanyalah 51,000 kilogram atau 51 tan dan jika muatan berlebihan, pemandu dan pengusaha boleh disaman. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kali nahas tragis yang meragut nyawa pengguna lebuh raya berlaku dengan membabitkan kenderaan berat seperti treler, pemandunya menjadi sasaran utama untuk dipersalahkan.

Tidak dinafikan, terdapat kes kemalangan kenderaan berat yang berlaku akibat kecuaian pemandu sendiri kerana berada di bawah pengaruh dadah, alkohol dan sebagainya.

Bagaimanapun, Wartawan Getaran baru-baru ini didedahkan bahawa kemalangan membabitkan kenderaan berat di lebuh raya bukan saja didorong oleh kecuaian pemandu, tetapi turut disumbangkan oleh muatan berlebihan treler atau lori terlibat.

Ia mengakibatkan sesebuah kenderaan berat gagal berfungsi dengan baik, sekali gus berisiko mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan apabila treler atau lori diisi dengan muatan berlebihan?

Pengerusi Persatuan Pemandu Lori dan Bas Perak, Abdullah Hashim berkata, pengilang atau majikan memainkan peranan utama dalam menentukan jumlah muatan yang perlu dibawa sesebuah kenderaan, dan ia sememangnya berlaku pada majoriti kes sepanjang 36 tahun beliau memandu treler.

Menurutnya, pengilang dan pengusaha kenderaan berat adalah dua entiti berbeza namun pengilang berkuasa menentukan jumlah muatan yang perlu dibawa sesebuah treler.

“Apabila pemandu tiba di kilang, pihak kilang akan mengeluarkan ‘order’ iaitu dokumen yang mengandungi butiran mengenai jenis, berat dan destinasi muatan.

“Bagi sesebuah treler sebagai contoh, muatan yang dibenarkan hanyalah 51,000 kilogram atau 51 tan. Jika muatannya melebihi daripada had ditetapkan, pemandu dan pengusahanya boleh dikenakan saman,” katanya kepada Getaran.

Bagaimanapun jelas Abdullah, kebanyakan pengilang tidak memperdulikan peraturan terbabit bagi menjimatkan kos dengan mengurangkan ‘trip’ penghantaran.

“Ini bukan sahaja boleh mengundang bahaya terhadap pemandu malah kepada pengguna jalan raya lain,” katanya.

Berdasarkan ‘order’ kilang yang dilihat Wartawan Getaran, dakwaan Abdullah ada benarnya kerana ia turut mencatatkan jumlah muatan dibawa sesebuah treler dan kebanyakannya melebihi berat dibenarkan, antara 5,000 sehingga 10,000 kilogram bagi penghantaran jarak sederhana dalam negeri sama.

Beliau berkata, pengusaha kenderaan berat dan pemandu biasanya hanya akur dengan keputusan pengilang disebabkan tidak mahu kehilangan sumber pendapatan atau lebih teruk, disenarai hitam oleh pengilang jika keputusan tersebut dipersoalkan.

Itulah yang menimpa dirinya kata Abdullah, apabila beliau disenarai hitam oleh pengilang kerana mempersoalkan tindakan pihak tersebut mengisi muatan secara berlebihan dalam treler dipandunya tahun lalu.

“Tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang pihak pengilang sekali gus menyebabkan nama saya disenarai hitam daripada memasuki premis mereka, malah ia juga mengakibatkan majikan (pengusaha treler) terpaksa memberhentikan perkhidmatan saya.

“Itulah yang berlaku kepada majikan dan pemandu jika mempersoalkan tindakan tidak bertanggungjawab pengilang, sekali gus menyebabkan tiada pihak yang berani membuat laporan terhadap pihak berkuasa bagi mengelakkan mereka hilang sumber pendapatan,” dakwanya.

Tegas Abdullah, isu tersebut sangat serius kerana ia bukan saja membabitkan kenderaan berat jenis treler malah turut berlaku terhadap kenderaan lain termasuk lori simen, lori kargo, lori balak dan sebagainya.

“Kesan negatif terhadap isu ini bukan kecil, malah ia boleh menyebabkan ada nyawa melayang kerana sesuatu kenderaan itu pastinya tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya pada bahagian brek jika ia membawa muatan secara berlebihan.

“Senario inilah yang berlaku hampir di seluruh negara namun setakat ini tiada penyelesaian mutlak bagi isu tersebut sehingga ia mengundang kegusaran terhadap banyak pihak,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, 5 penuntut USAS maut dalam keadaan rentung selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah treler yang membawa muatan besi waja. - Gambar fail
Pada 12 Mei lalu, 5 penuntut USAS maut dalam keadaan rentung selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah treler yang membawa muatan besi waja. - Gambar fail

Pada 12 Mei lalu, lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) maut dalam keadaan rentung selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah treler yang membawa muatan besi waja.

Tragedi itu berlaku di KM245.2, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, Kuala Kangsar, Perak kira-kira jam 1 pagi.

Ia adalah sebahagian daripada ratusan nahas maut melibatkan kenderaan berat yang berlaku di negara ini.  – Getaran, 26 Mei 2022


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad