web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mansuh Sijil Penginapan Pekerja Asing, Stok Ayam Pasti 'Bernafas' Semula

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 9:00AM

Masalah kenaikan berat badan ayam akibat mutu dedak dan jangkitan penyakit serta isu kekurangan pekerja asing antara punca bekalan bahan mentah itu terhad di pasaran ketika ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan pekerja di reban ayam yang turut menjadi punca kepada kekurangan bekalan bahan mentah itu ketika ini pernah dimaklumkan kepada pihak berkaitan beberapa bulan lalu.

Namun sumber industri memaklumkan, aduan itu hanya bagaikan mencurah air ke daun keladi.

“Selain masalah kenaikan berat badan ayam akibat mutu dedak dan jangkitan penyakit, isu kekurangan pekerja asing antara punca bekalan bahan mentah itu terhad di pasaran.

“Apa tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Sumber Manusia untuk mengatasi masalah ini?”soalnya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Katanya, sebaik sahaja rentas negara dibenarkan hujung tahun lalu, ramai pekerja asing sudah pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Sejak itu sehinggalah hari ini pekerja asing yang dah balik tidak boleh kembali ke negara ini. Sekarang nak mohon pekerja asing kena ada sijil penginapan.

“Ladang ayam ada Sijil Menduduki (CF) ke? Tak ada. Bila tak ada, susah penternak nak dapat pekerja asing baharu,” katanya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, beliau menggesa kerajaan supaya mengecualikan syarat penyediaan tempat tinggal kepada pekerja asing yang dikhususkan kepada industri penternakan.

“Kebanyakan ladang ayam di negara ini tidak memiliki CF. Kalau syarat ketat itu dikekalkan, sampai bila-bila belum tentu mana-mana penternak dapat ambil pekerja asing.

“Jadi kita minta dikecualikan sijil penginapan kerana ia tidak sesuai dengan industri penternakan ayam dan percepatkanlah proses permohonan pengambilan pekerja asing baharu,” katanya.

Pada masa sama beliau mendedahkan, ramai rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja di reban ayam kerana skop tugasnya yang agak ‘mencabar’.

“Rakyat kita memang tak nak kerja di reban ayam. Siapa sanggup angkat berguni-guni dedak, buang najis ayam? Tak nakkan? Majoriti pekerja di reban ayam terdiri daripada pekerja asing.

“Kalau ada pun rakyat tempatan, mereka yang memang tak dapat kerja. Bila mereka kerja, awak fahamlah. Kadang datang kerja, kadang tak. Kalau macam tu, teruklah. Sebab itulah banyak reban ditutup kerana tiada pekerja,” keluhnya.

Sumber industri terbabit turut meluahkan rasa kecewa apabila dituduh sebagai kepala kartel bekalan ayam di negara ini.

“Saya cuba meluahkan dilema yang dialami penternak tetapi saya pula dituduh kepala kartel.

“Apa dia cuba lakukan sebenarnya? Kalau dia tak mahu rakyat makan ayam ikutlah. Saya pun tak fahamlah,” katanya.

Ditanya mengenai pemansuhan Approved Permit (AP) ayam, sumber itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Di Singapura harga runcit ayam $12 (RM38.33) sekilo manakala di Amerika Syarikat (AS) pula hampir AS$4 (RM17.57). Siapa nak beri kamu harga RM9?

“Kita kena tengok situasi dunia, jangan anggap negara lain banyak lagi murah. Saya sendiri pun tak faham apa dia nak buat, kamu tanyalah dia,” katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemansuhan AP ayam, termasuk ayam bulat dan keratan ayam.

Katanya, langkah itu bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan.

“Proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam akan dipermudahkan dan kerajaan juga akan menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, penternak turut mencari pekerja am di reban ayam menerusi media sosial bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam industri terbabit ketika ini.

Berdasarkan perkongsian tersebut, gaji ditawarkan bagi jawatan pekerja am di reban ayam bermula dari RM2,200 hingga RM2,800.

Antara skop tugas jawatan tersebut adalah mengorek najis ayam setebal enam inci mengikut keluasan reban, selain memindahkan beg dedak 50 kilogram (kg) dari lori ke reban ayam.

Pada masa sama, skop tugas jawatan itu juga memerlukan pekerjanya mengangkat 100 beg dedak 50kg setiap hari dan memasukkannya di tempat makan serta membela ayam. - Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan