Berita Terkini

10 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Banjir: 17 Warga Emas Berjaya Diselamatkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:09AM

17 warga emas yang merupakan penghuni sebuah pusat jagaan, telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara Banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hua 1, Tapah, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Seramai 17 penghuni rumah jagaan warga emas ditemui terperangkap termasuk ada antaranya duduk di atas meja bagi menyelamatkan diri dalam kejadian banjir di Bidor di sini, semalam.

Mereka yang terdiri daripada 15 lelaki dan dua wanita warga emas berjaya diselamatkan sepasukan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari rumah setingkat di Jalan Bruseh itu pada kira-kira pukul 6 petang.

Menurut jurucakap APM seramai sembilan anggota dan pegawai terlibat berusaha membawa keluar kesemua mangsa dengan dipapah, dikendong belakang badan dan didukung selain dibawa menaiki pengusung.

"Kami menemui lima daripada mereka duduk di atas meja makan kerana rumah itu dinaiki air sehingga paras dada manakala yang selebihnya berada dalam bilik masing-masing termasuk yang terlantar sakit.

"Kami mengambil masa selama kira-kira 10 minit untuk memujuk kesemua mereka dengan bantuan pengerusi rumah jagaan itu kerana pada awalnya ada yang enggan dibawa keluar sehinggalah kami menerangkan risiko bahaya termasuklah kehadiran ular di kawasan berhampiran seperti kes sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Hua 1 di sini yang menempatkan kesemua warga emas berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang melawat PPS itu malam tadi berterima kasih kepada pasukan APM dan penyelamat kerana berjaya membawa kesemua mangsa ke PPS itu dengan selamat.

"Selain di sini, kawasan Felda Trolak turut dilanda banjir dan mangsa terlibat dipindahkan ke Dewan Semai Bakti.

"Begitu juga Pekan Trolak dan kawasan Sungkai. Hampir semua kawasan daerah Batang Padang dilanda banjir dan saya akan cuba tinjau kesemua kawasan terlibat," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Tak Dedah Mengenai Pertemuan Dengan Raja Arab Saudi Ketika Siasatan – Saksi

Semasa 23 jam yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Pandu Lawan Arus Di Kuantan Ada Masalah Kesihatan – Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

oleh Wartawan Getaran