Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penerbangan Haji Pertama 4 Jun, TH Tetap SOP Kerana COVID-19

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 2:20PM

Penerbangan pertama membawa jemaah haji ke Makkah dijadualkan pada 4 Jun ini dengan sebanyak 48 penerbangan oleh MAS dan SAUDIA akan digunakan bagi membawa 14,306 jemaah haji negara. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah dua tahun negara tidak menghantar jemaah haji ke Tanah Suci ekoran pandemik COVID-19, penerbangan pertama negara ke Makkah dijadualkan berlepas 4 Jun depan.

Berbeza dengan musim haji sebelum ini, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan terutama melibatkan tatacara melapor diri di semua stesen berlepas.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, antara SOP itu adalah ujian PCR yang disyaratkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk setiap jemaah.

"Dalam surat jadual penerbangan kita akan memberi maklum kepada bakal jemaah haji untuk membuat ujian PCR ini dalam tempoh 48 jam sebelum waktu melapor diri.

"Dalam enam jam sebelum penerbangan, mereka perlu melaporkan diri kerana perlu melalui saringan dan proses mengikut SOP baharu," katanya dalam sidang media hari ini.

Syed Saleh Syed Abd Rahman - Gambar Bernama
Syed Saleh Syed Abd Rahman - Gambar Bernama

Syed Saleh memberitahu, pihak TH akan mengeluarkan surat jadual penerbangan secara berperingkat mulai minggu depan.

Tambah beliau, sebanyak 48 penerbangan oleh Malaysia Airlines (MAS) dan Saudia Airlines (SAUDIA) akan digunakan bagi membawa 14,306 jemaah haji negara untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Syed Saleh berkata, kerajaan Arab Saudi telah bersetuju meneruskan projek 'Makkah Route', iaitu proses pra-pelepasan haji yang sebelum ini dimulakan di Malaysia pada 2017 dan diteruskan pada 2018 serta 2019.

Menurutnya, inisiatif itu bakal melancarkan pergerakan jemaah dengan semua proses, termasuk yang melibatkan imigresen dan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Dengan itu, apabila jemaah haji sampai di lapangan terbang di Madinah atau Jeddah, tidak perlu menunggu untuk proses imigresen dan kastam. Mereka terus menaiki bas ke hotel masing-masing, sama ada di Madinah atau Mekah.

"Segala beg mereka akan diuruskan pihak agensi di Arab Saudi untuk dibawa ke hotel masing-masing. Ini bukan sahaja proses yang tak ambil masa lama tetapi beri kemudahan kepada bakal haji agar lebih selesa dan tidak penat," katanya.

Ditanya sekiranya terdapat jemaah diuji positif sebelum berlepas, beliau berkata, bakal jemaah tersebut tidak akan dibenarkan menaiki penerbangan namun bakal jemaah yang penerbangannya pada fasa awal masih berpeluang menunaikan ibadah berkenaan.

"Kalau positif pada peringkat awal dan telah sembuh, lalu dibenarkan oleh pihak perubatan untuk pergi setelah melalui PCR negatif dan ada kekosongan, mereka boleh pergi menggunakan penerbangan seterusnya ke Tanah Suci.

"Di sini kena pastikan mereka yang negatif sahaja boleh pergi (dan) dalam masa sama, yang positif kita akan bantu sebaik mungkin untuk mereka pergi juga. Kalau tidak, jika tidak berpeluang pergi tahun ini, kita akan beri keutamaan pula pada tahun akan datang," katanya.

Untuk kes positif di Tanah Suci jelas Syed Saleh, pelbagai persediaan telah dilakukan termasuk membawa satu pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang khusus bagi melihat kepada COVID-19.

"Mereka semua pakar penyakit berjangkit dan berpengalaman dua tahun kendali kes COVID-19, tak kira tahap satu sampai tahap lima dan sebagainya, mereka akan berada di Tanah Suci untuk membantu pasukan perubatan jika berlaku kes COVID-19 semasa di Tanah Suci," katanya.

Dalam aspek persediaan prasarana, beliau berkata, terdapat kawasan isolasi di beberapa hotel yang akan diwujudkan jika berlaku kes positif, malah terdapat wad khusus di hospital bagi menangani keadaan itu.

"Dengan kerjasama KKM, kita telah menerima sejumlah ubat Paxlovid untuk merawat mereka terkesan dengan penyakit COVID-19," katanya sambil menambah, jemaah dijangkiti COVID-19 sehingga ke tahap yang lebih serius akan dibawa ke hospital Arab Saudi.

Menurut beliau, persiapan termasuk pemeriksaan kesihatan adalah yang lebih ketat adalah elemen penting dalam memastikan jemaah haji tahun ini adalah golongan yang sihat dan tidak berisiko tinggi jika dijangkiti COVID-19.

"Sebelum berlepas juga, pihak KKM telah memberi saranan kepada bakal haji untuk mengambil dos pengalak kedua, walaupun bukan syarat Arab Saudi, tapi ia digalakkan kementerian secara sukarela, tidak dipaksa oleh KKM atau TH.

"Ia lebih untuk kemudahan bakal haji yang mahu imunisasi lebih tinggi," katanya. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mahir Merancang Ekonomi, Prestasi Amirudin Beri Kelebihan Untuk PH Kuasai KKB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar, Sanusi Dijadual Adakan Pertemuan Rasmi Di Kedah 4 Mei Depan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA