web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rasuah Lawan COVID-19, Rakyat Malaysia Harus Kecewa - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 11:00AM

Rakyat Malaysia perlu tegas dengan mendesak tindakan perundangan diambil terhadap semua perasuah dan tidak membiarkan jenayah itu berleluasa. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seluruh rakyat Malaysia seharusnya berasa amat kecewa dan marah dengan pendedahan kes rasuah dalam perbelanjaan kerajaan melawan COVID-19, seperti didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini. 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, rakyat perlu tegas mendesak tindakan perundangan diambil terhadap semua perasuah, bukan hanya membiarkan jenayah tersebut berlaku dengan begitu berleluasa.

“Apa sudah terjadi dengan nilai integriti dalam masyarakat kita sehingga ada orang yang sanggup mengambil kesempatan daripada satu malapetaka yang mengorbankan begitu banyak nyawa manusia dan mengancam kehidupan semua rakyat Malaysia,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan, SPRM sedang melakukan siasatan terhadap perolehan berkaitan COVID-19 yang didakwa mempunyai unsur rasuah dan penyelewengan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Anthony Loke
Anthony Loke

Jelas Anthony, Azam perlu lebih telus dalam kes itu dan mendedahkan kepada orang ramai maklumat kritikal yang seharusnya diketahui umum, termasuk kementerian dan jabatan kerajaan terlibat.

“Dedahkan juga sama ada kes terbabit melibatkan peringkat menteri atau timbalan menteri, nilai rasuah yang diselewengkan dan sebagainya. Oang ramai berhak mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan semua kes rasuah tersebut tanpa menjejaskan proses siasatan SPRM.

“Sekiranya identiti seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang sedang disiasat oleh SPRM boleh didedahkan secara terbuka, saya yakin SPRM boleh mengambil tindakan sama dalam kes rasuah yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti ini,” tegasnya.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga jelas Anthony, digesa memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tampil memberi keterangan dan maklumat kepada PAC.

“PAC ialah jawatankuasa yang bertanggungjawab memastikan setiap perbelanjaan kerajaan diurus dengan baik dan sempurna,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad