web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan MAFI Akui Kerajaan Gagal Urus Isu Ayam - Steven

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 7:34PM

Steven Sim - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang mantan timbalan menteri menyifatkan kenyataan terbaharu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini bahawa subsidi ayam dibayar kerajaan sehingga kini hanya berjumlah RM50 juta, sebagai mengakui kerajaan sekali lagi gagal dalam menguruskan isu industri ayam.

Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, jumlah itu tidak sampai 10 peratus daripada subsidi dijanjikan.

Justeru, katanya, tidak hairan pengusaha tempatan terus menerus mengadu bahawa penetapan harga siling yang tidak berpatutan berbanding kos, sudah menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

“Malah, kenyataan MAFI mengesahkan pendedahan oleh seorang daripada pengusaha ternakan ayam tempatan baru-baru ini bahawa kerajaan gagal menghulurkan subsidi dijanjikan.

“Kegagalan kerajaan menunaikan janji subsidi ayam menyebabkan harga ayam tetap mahal, walaupun ada harga siling dan bekalan ayam berkurangan sehingga 50 peratus di pasaran. Akhirnya pengusaha tempatan dan pengguna menjadi mangsa kegagalan kerajaan,” katanya.

Media hari ini melaporkan, MAFI akan menghantar lebih ramai pegawainya ke peringkat negeri bagi mempercepatkan bayaran subsidi kepada penternak ayam dalam usaha meningkatkan pengeluaran domestik.

Dalam kenyataannya, MAFI memaklumkan setakat ini hanya RM50 juta subsidi dibayar walaupun sebanyak RM729.43 juta peruntukan itu disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Februari lepas, selaras penetapan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 per kilogram.

Bagi jangka masa pendek, Steven berkata, kerajaan harus segera memudah cara serta mempercepatkan penyaluran subsidi kepada sektor industri ayam dan melaksanakan cadangan DAP untuk mewujudkan Dana Penstabilan Harga Barang sebanyak RM5 bilion.

Jelasnya, ia mendepani kenaikan harga barang secara amnya yang kini mencecah sehingga 60 peratus.

Menurut beliau, pelbagai kajian dan rancangan dijalankan sebelumnya, termasuklah pembinaan sebuah kilang phosphate yang besar di Samalaju, Sarawak, iaitu Malaysia Phosphate Additives (MPA) Sarawak yang membabitkan pelaburan Khazanah Nasional.

“Kilang ini sepatutnya dirancang untuk membekalkan baja dan makanan haiwan ternakan bagi sektor pertanian serta penternakan negara. Namun apa yang berlaku dengan projek dan rancangan ini?,” soalnya.

Bagi jangka masa lebih lama, beliau memberitahu, isu sekuriti makanan negara harus diberi perhatian serius.

Pengalaman pandemik selama dua tahun kata beliau, seharusnya dijadikan pengajaran untuk memperkukuhkan kedayatahanan negara dalam aspek sekuriti makanan, terutama berdepan faktor global tidak menentu. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Κenaikan Gaji Penjawat Awam Tidak Harus Didebatkan - Sim

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan