web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Walaupun Tiada Akta Khusus, Ibu Bapa ‘Sebar’ HFMD Boleh Dikenakan Tindakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 5:44PM

Mohamed Haniff Khatri Abdulla - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun tiada sebarang akta, perintah atau regulasi khusus berkaitan pergerakan bagi kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), tindakan sivil boleh diambil terhadap ibu bapa yang degil sehingga menyebabkan penularan jangkitan tersebut.

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menegaskan, bagaimanapun ia perlu dibuktikan dan bukan hanya melalui dengar cakap (hearsay).

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap ibu bapa yang masih berkeras untuk menghantar anak mereka ke pusat penjagaan atau sekolah meskipun menghidap HFMD, sekali gus membawa risiko jangkitan lebih besar.

“Katakanlah satu sekolah ini tiada kes HFMD, kemudian seorang ibu bapa atau penjaga ini dia tahu anak dia menghidapi HFMD. Dan dia bawa anak dia ke sekolah.

“Mungkin guru besar atau guru pun dapat tahu anak itu dipercayai ada HFMD dan mereka pesan kepada ibu bapa itu untuk bawa baliklah anak, duduk di rumah tidak mahu tular di sini pula.

“Kalau ibu bapa itu masih bertegas, maka kalau selepas itu ada kes HFMD, anak yang disebarkan (mangsa) dengan HFMD itu, ibu bapa atau penjaga mereka boleh mengambil tindakan di mahkamah, bukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Beliau berkata, pihak yang menyaman di mahkamah perlu membuktikan bahawa anak itu yang mula-mula menghidap HFMD.

Tegasnya, ibu bapa atau penjaga itu juga perlu tahu anak mereka terdedah HFMD, namun tetap mahu membawanya keluar rumah.

Dengan semua bukti tersebut, ibu bapa atau penjaga yang terkesan boleh mengambil tindakan dan menuntut ganti rugi, contohnya dalam merawat anak-anak, ‘kehilangan’ pelajaran anak selama seminggu serta cuti tidak bergaji yang diambil ibu bapa.

“Tetapi itu kena ada bukti yang kuat,” katanya lagi.

Selain itu, beliau menambah, ibu bapa tersebut juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2021 atas tuduhan pengabaian.

“Kalau misalnya masalah ini berlaku di Malaysia, ada sekolah melaporkan ibu bapa bertegas juga hendak bawa anak mereka yang tahu bahawa dia kena HFMD dan dinasihatkan untuk bawa balik dia tidak mahu, dalam tiga empat jam budak itu dekat situ dan ada lima enam budak lagi terkena HFMD, mereka boleh membuat laporan polis.

“Laporan polis itu untuk pihak berkuasa siasat sama ada ibu bapa kanak-kanak pertama ini boleh dikatakan sudah mengabaikan keselamatan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut dan yang lain.

“Kalau siasatan mendapati banyak bukti menunjukkan memang mereka tahu (termasuk) mereka sendiri memberitahu kepada guru bahawa anak mereka ponteng hari pertama sebab sakit HFMD, selepas hari kedua hendak bawa juga, sebab itu mungkin mereka boleh dituduh di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2021,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Wujud Akta Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

45 Murid Dijangkiti HFMD, Perak Ambil Langkah Kawalan - Exco

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu Gangguan Seksual Dipandang Serius, Langgar Hak Asasi Manusia

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong Perkenan 5 Akta Diluluskan Parlimen - Timbalan Speaker

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad