web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disyaki Miliki ‘Ladang’ Ganja, Mantan Diplomat Guna Untuk Minum

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 3:05PM

Datuk Ramli Mohamed Yoosuf menunjukkan pohon ganja yang dirampas. - Gambar ihsan Polis Bentong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan diplomat yang ditahan susulan penemuan ‘ladang’ ganja di sekeliling rumahnya di Janda Baik, Pahang, menggunakan minyak disyaki daripada tumbuhan itu untuk dicampurkan dengan minumannya sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh suspek berusia 78 tahun terbabit ketika siasatan awal dijalankan terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dijalankan terhadap suspek tersebut mendapati keputusannya adalah negatif.

“Namun, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek kedua yang berusia 53 tahun pula mendapati dia positif dadah jenis THC (ganja).

“Hasil siasatan lanjut, suspek tersebut mendedahkan terlibat dalam kegiatan penagihan sejak tahun 2013 sehingga kini, namun dia mula terlibat dengan penanaman pokok ganja sejak tahun 2015,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Pahang hari ini.

Ramli berkata, dalam serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Pahang di sebuah kediaman dekat Kampung Sum Sum Hilir Janda Baik, Bukit Tinggi, Bentong pada Sabtu lalu, polis menjumpai sebanyak 102 batang pokok disyaki ganja di sekeliling rumah terbabit.

Menurutnya, setiap satu pokok dianggarkan bernilai RM600, manakala jumlah rampasan pokok tersebut bernilai RM61,200.

“Hasil pemeriksaan di kawasan belakang garaj kenderaan di rumah tersebut, polis menjumpai lima batas tanah yang ditanam dengan tumbuhan disyaki pokok ganja.

“Pada batas pertama, terdapat 14 batang pokok, batas kedua (tujuh), batas ketiga (13), batas keempat (12) dan batas kelima (14). Jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 60 batang pokok,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut polis menjumpai khemah berjaring yang didalamnya terdapat lapan pokok disyaki ganja ditanam di atas tanah.

“Pemeriksaan seterusnya di sekitar kaki lima rumah tersebut membawa kepada penemuan 11 bekas semaian berwarna hitam yang didalamnya ditanam sebanyak 34 batang pokok disyaki ganja.

“Ia menjadikan keseluruhan pokok disyaki ganja yang ditemui adalah sebanyak 102 batang,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, pemeriksaan di dalam rumah tersebut pula, membawa kepada penemuan satu ampaian besi berwarna putih kelabu yang di atasnya terdapat tumbuhan kering kehijauan disyaki ganja seberat 573 gram.

“Polis juga menemui satu beg plastik berwarna kuning yang didalamnya terdapat enam bekas plastik berpenutup cerah dan merah yang di dalamnya berisi tumbuhan kering kehijauan disyaki ganja.

“Selain itu, terdapat dua botol kaca warna gelap berpenutup hitam berisi cecair disyaki minyak ganja dan satu botol kaca bertulisan ‘extra virgan coconut oil’, selain sebatang buluh yang diubah suai dipercayai digunakan untuk kegiatan penagihan,” katanya.

Beliau berkata, mantan diplomat terbabit kini direman selama tujuh hari bermula Ahad lalu sehingga 28 Mei depan, manakala polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek kedua hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Disyaki Tanam 100 Pokok Ganja Di Rumah, Mantan Diplomat Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad