web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LRT Kelana Jaya Buat Hal Lagi!

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 12:02PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berulang kali dilaporkan mengalami masalah sejak beberapa minggu lalu, Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami kelewatan pagi ini, sehingga mengundang kemarahan pengguna di media sosial.

Rapid KL menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, perkhidmatan LRT di laluan itu mengalami kelewatan sekitar jam 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) itu, masalah tersebut diatasi sejam kemudian dan kekerapan perjalanan dijangka kembali seperti biasa secepat mungkin.

“Kami berjaya mengawal selia perkhidmatan pada kelajuan biasa dan kekerapan (tren) akan dipulihkan dalam masa beberapa minit lagi.

“Terima kasih atas kesabaran dan kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” ciapnya.

Bagaimanapun, RapidKL tidak memaklumkan punca sebenar mengakibatkan kelewatan perkhidmatan tren mereka setakat ini.

Kelewatan itu dilaporkan berlaku pada waktu puncak ketika pengguna keluar untuk ke tempat kerja masing-masing.

Sementara itu, pengguna LRT laluan Kelana Jaya, menyuarakan kemarahan mereka di Twitter terhadap perkhidmatan pengangkutan awam tersebut yang kerap mengalami masalah sehingga menyusahkan orang ramai.

Seorang pengguna, rafee (@damai1016) mempersoalkan masalah dihadapi LRT laluan Kelana Jaya sehingga mengakibatkan ramai pengguna terpaksa menunggu lama di stesen.

“Tren LRT laluan Kelana Jaya problem (masalah) lagi pagi ini. Seminggu berapa kali nak problem ni ha?,” soalnya.

Selain itu, heng (@hengtoi) berkongsi bahawa penumpang diminta meninggalkan tren di Stesen Taman Paramount, namun tidak mengetahui punca di sebalik masalah yang timbul.

Sementara itu, terdapat penumpang menyuarakan supaya LRT laluan Kelana Jaya dimansuhkan jika gagal beroperasi dengan baik kerana ia menyusahkan ramai pihak.

Antara yang menyuarakannya adalah alisya (@alisyarazak).

“Abolish (mansuh) sajalah LRT Kelana Jaya ini, mengarut saja hari-hari nak problem dah kenapa,” komennya. - Getaran, 24 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Peniaga Desak Kawalan Keselamatan Di Plaza Damas Dipertingkat Selepas Kes Serangan Seksual

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Gangguan Teknikal MRT Berpunca Daripada Tekanan Angin Rendah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bekalan Elektrik Mid Valley Pulih Sepenuhnya Tengah Hari Tadi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad