web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Ayam Tiada, Ini 5 Usaha Kerajaan - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 8:02PM

Ismail Sabri berkata inisiatif itu ditetapkan pada mesyuarat Kabinet hari ini. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan lima inisiatif sebagai langkah jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga ayam yang semakin meruncing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif itu ditetapkan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

“Kerajaan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini, sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil, yang menyaksikan keutamaan kerajaan adalah kepada rakyat sendiri.

“Kerajaan juga akan mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimumkan fasiliti penyimpanan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi,” katanya menerusi kenyataan rasmi hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan memansuhkan Approved Permit (AP) ayam, termasuk ayam bulat dan keratan ayam, bertujuan meningkatkan peluang penglibatan pengimport untuk menyediakan lebih banyak sumber bekalan.

“Proses tuntutan subsidi oleh pengeluar ayam akan dipermudahkan dan kerajaan juga akan menambah dan mengiktiraf loji sembelihan di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ketika ini kerajaan menetapkan harga siling ayam standard pada RM8.90 seekor dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan mendapati beberapa syarikat besar tidak berminat untuk memohon subsidi dan mahu harga ayam ditentukan sendiri oleh pasaran semasa.

Setakat ini, jelas beliau, hanya RM50 juta subsidi dibayar kepada penternak yang kebanyakannya adalah syarikat kecil.

“Kerajaan sedar terdapat laporan bahawa wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar.

“Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat perkara ini dan siasatan dijangka selesai pada Jun ini.

“Jika didapati wujud kesepakatan kartel tersebut, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Pada masa sama Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengurangkan peranan orang tengah yang selama ini memanipulasi bekalan dan harga.

Beliau berkata, kerajaan akan memperkenalkan semula ‘jihad memerangi orang tengah’ yang diumumkan pada tahun 2014.

Susulan usaha itu, katanya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberikan peranan untuk mengetuai Jihad Memerangi Orang Tengah ini.

“Kerajaan mengambil berat dan memandang serius isu peningkatan harga serta bekalan ayam semasa yang menghimpit seluruh Keluarga Malaysia.

“Kerajaan kesal dan kecewa terhadap tindakan beberapa syarikat yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga serta kekurangan bekalan di pasaran,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan