web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembantu Kedai Makan Didenda RM2,500 Lakukan Khianat Buang Patung Hiasan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 5:28PM

Gabriele Jungkak mengaku mengambil patung hiasan dan membuangkannya ke dalam tong sampah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Seorang pembantu kedai makan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan membuang patung hiasan di sebuah rumah di Taman Scientex 13, Senai, pada 15 Mei lepas.

Gabriele Jungkak anak Steward, 23, mengaku melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 567, pada 9 pagi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Jika gagal membayar denda berkenaan Gabriele boleh dipenjara tiga bulan.

Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah milik TS Dineshwaran membabitkan kerugian RM25.

Gabriele didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Edelynn Wong memohon agar hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh berbentuk pengajaran dan pencegahan agar menjadi iktibar kepada masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili, tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman.

Minggu lepas, tular sebuah video berdurasi kurang seminit di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak membuang sebuah patung dipercayai patung keagamaan di tong sampah, di hadapan sebuah rumah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu Zayn Rayyan Tidak Buat Pengakuan Bersalah - Peguam

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cliff Umar Mengaku Salah Miliki Heroin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad