web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuarantin di Chile, Rakyat Malaysia Usah Bimbang - Abu Bakar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2021 7:39AM

Penduduk di Chile beratur bagi membeli barang di luar pasar raya Valparaiso sebelum kuarantin dilaksanakan mulai Khamis. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berikutan pengumuman kerajaan Chile mengenai lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula esok akibat penularan COVID-19, Duta Malaysia ke Chile, Abu Bakar Mamat menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang dengan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu. 

Beliau berkata kedutaan sering berhubung dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di ibu kota Santiago dan mereka rata-rata kini berada dalam keadaan baik, menjalani kehidupan harian dalam keadaan tenteram dan terkawal. 

“Rakyat Malaysia di sini (Chile) lebih kurang 50 orang termasuk yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan kami. Yang berdaftar dengan kami hanya 31 orang. Kita nasihatkan supaya rakyat Malaysia di sini untuk patuh segala protokol kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan. 

“Untuk keluarga di Malaysia, tak perlu bimbang, keadaan kami di sini terkawal dan kehidupan tetap seperti biasa, cuma.. ada kawasan tertentu yang perlu kuarantin, kita masih boleh dihubungi. Keadaan di sini tenteram, suasana aman dan tiada masalah bagi kelengkapan barangan keperluan harian,” katanya ketika dihubungi Bernama.  

Isnin lepas, kerajaan Chile mengumumkan lebih 13 juta penduduknya akan dikuarantin bermula Khamis berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara. 

Menteri Kesihatan Enrique Paris berkata 21 bandar di wilayah metropolitan Santiago, termasuk Maipu dan Puente Alto, yang paling banyak penduduk, akan diletakkan dalam kuarantin, serta 21 daerah lain di wilayah Coquimbo, Valparaiso dan O'Higgins, dan Maule, Nuble, Biobio dan Los Lagos.

Sementara itu, Abu Bakar berkata menjelang bulan Ramadan, pihak kedutaan akan turut mengadakan program bantuan dan agihan makanan serta jamuan berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Chile. 

Merujuk kepada jumlah kes positif, setakat hari ini Chile mencatatkan 947,783 kes COVID-19 dengan 22,402 kematian direkodkan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar