web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mana Ayam? Isu Makin Panas, Undang Perdebatan Rakyat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 6:44PM

Isu kekurangan bekalan ayam hangat diperkatakan di media sosial hari ini dengan rata-rata netizen mengeluh disebabkan sukar untuk mendapatkan bekalan berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kekurangan ayam dialami pengguna semakin panas apabila peniaga di beberapa premis, termasuk pasar awam dilaporkan kehabisan bekalan itu seawal jam 7 pagi.

Malah, tajuk utama akhbar dan media elektronik hari ini dipenuhi isu kekurangan bekalan ayam, termasuk ada peniaga yang terpaksa mengehadkan pembelian kepada pelanggan tetap mereka.

Ada pula sesetengah peniaga di Pasar Borong Selangor yang bertindak membeli ayam terus dari reban penternak disebabkan kekurangan bekalan.

Kebanyakan peniaga ayam segar di Pulau Pinang pula didakwa mengalami masalah bekalan, susulan ketiadaan stok di ladang, menyebabkan mereka terpaksa mencatu jumlah jualan kepada pelanggan.

Lebih teruk, ada peniaga memaklumkan terpaksa menutup perniagaan mereka pada esok dan lusa kerana masalah itu.

Tinjauan di media sosial turut mendapati, cerita mengenai ketiadaan atau kekurangan bekalan ayam menjadi perdebatan hangat netizen.

“Pertama kali pergi pasar ayam habis,” ciap pengguna Twitter @DaNFiZ sebagai respon kepada perkongsian @f4krOlsOOd yang menulis ‘peniaga-peniaga makanan berunsurkan ayam tengah pening kepala, bekalan ayam tidak mencukupi’.

“Kerajaan Malaysia ni, tak habis-habis dengan subsidi dan harga siling. Sebab rakyat sendiri tak belajar tentang realiti ekonomi sebab itu mudah terpengaruh dengan harga murah tanpa memahami dasar di sebaliknya. Kini, bekalan ayam terjejas,” komen @ wudulover.

“Bekalan ayam bukanlah langsung tak ada. Rakan saya yang berniaga ayam kata ia tak dapat bekalkan kerana harga yang dikuatkuasakan menjadikan mereka rugi. Di sini, penting kita belajar intervensi kerajaan yang positif dan negatif dalam pasaran,” tulis @NoorAminAhmad.

“Nasi ayam pun habis,” ujar @faziraFAFAU.

“Saya memang suka beli ayam segar di kedai runcit. Esok dan lusa ayam putus. Ingatkan ‘barang’ je boleh putus bekalan. Bangun wahai menteri-menteri berkenaan,” kata pula @faizkip.

“Katanya esok (hari ini) bekalan ayam akan putus sampai Isnin. Harap yang buat open house prepare (rumah terbuka sedia) awal-awal,” ulas @muhdfathullah.

“Everywhere (di mana-mana) ayam habis,” coret @sherrrries. – Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar