Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tuntutan Waris Sultan Sulu: Malaysia Hantar Nota Diplomatik Kepada 168 Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 5:02PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York sebagai memberi makluman awal jika terdapat mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili pihak didakwa waris Sultan Jamalul Kiram II atau penimbang tara Dr Gondoza Stampa berhubung 'Final Award' kepada waris Sultan Sulu. 

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara itu mengetahui pihak berkenaan membuat tuntutan tersebut secara satu pihak selain proses diplomatik tersebut diharap membolehkan negara terlibat memaklumkan Malaysia jika ada permohonan serupa difailkan di negara mereka. 

Secara keseluruhannya, terdapat 169 negara yang menandatangi Konvensyen New York, bagaimanapun Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, sebelum ini telah membuat keputusan supaya Malaysia membayar pampasan US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu. 

"Kementerian Luar akan menghantar notis kepada Kementerian Luar 168 negara terlibat kerana Stampa telah membuat Final Award di Perancis dan kita tidak tahu jika mereka (Stampa dan waris Sultan Sulu) akan berhenti di Perancis atau ke negara lain pula selepas ini dengan tuntutan sama. 

"Kita telah membuat permohonan untuk membatalkan Final Award ini dan kini sedang menunggu keputusan daripada Mahkamah Perancis yang dijangkakan tidak lama lagi," katanya pada sidang media semasa ditemui pada Jamuan Raya Parlimen dan Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di sini hari ini. 

Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dibuat pihak mendakwa waris kepada Sultan Sulu dan menolak sepenuhnya Final Award dikeluarkan Stampa atas dakwaan pelanggaran Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent, yang menyaksikan Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, kini Sabah.

Sebagai balasan, Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan RM5,300 setiap tahun, bagaimanapun susulan serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran itu dihentikan pada 2013.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata beliau bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor semalam, dan memaklumkan tindakan kerajaan Persekutuan dalam menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu, dengan kedua-dua pihak bersetuju pertemuan lebih kerap dapat dilakukan bagi melancarkan usaha tersebut. 

Selain berkaitan tuntutan Sultan Sulu, Saifuddin berkata beliau dan Hajiji juga bersetuju supaya wakil rasmi dari Sabah akan dilibatkan dalam dua jawatankuasa perundingan sempadan Malaysia-Indonesia yang melibatkan sempadan maritim dan darat. 

"Saya juga akan bertemu dengan Ketua Menteri, Menteri Besar dan Premier negeri yang bersempadan dengan negara-negara jiran supaya kita lebih bersistematik dan jawatankuasa perundingan sempadan akan ada wakil negeri berkaitan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

Semasa 5 jam yang lalu

Kematian Pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 Remaja Lelaki Disambung

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan