web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Pantau Jangkitan Cacar Monyet, Kini Dikesan Di 8 Negara Eropah 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 4:55PM

Gambar fail pada 2018 menunjukkan seorang kanak-kanak dijangkiti cacar monyet di Wilayah Lobaya, Afrika Tengah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti perkembangan kes jangkitan cacar monyet atau monkeypox yang kini dikesan di lapan negara Eropah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cacar monyet merupakan jangkitan virus jarang berlaku dan berasal dari keluarga virus sama dengan penyakit cacar atau smallpox yang berkait rapat dengan haiwan.

“Agak luar biasa untuk melihat kluster wabak itu. Bagaimanapun, ia sedang dipantau dengan teliti,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Beliau berkata demikian bagi membalas pertanyaan penyanyi tersohor Francissca Peter berhubung situasi semasa jangkitan cacar monyet yang sedang menular di Eropah.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sekurang-kurangnya lapan negara iaitu Australia, Canada, Amerika Syarikat, Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Portugal, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom telah melaporkan beberapa kes jangkitan cacar monyet setakat ini.

Pengarah Wilayah WHO untuk Eropah, Hans Kluge berkata, jangkitan virus berkenaan jarang berlaku tetapi boleh berjangkit melalui kontak rapat antara orang perseorangan.

"Kes baru-baru ini adalah tidak tipikal atas beberapa sebab.

"Dalam keadaan ini, semua kes kecuali satu mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan Afrika Barat atau Afrika Tengah," katanya.

Kluge juga berkata, kebanyakan kes baru-baru ini dikesan dalam kalangan mereka yang menawarkan perkhidmatan seks dan lelaki mengamalkan hubungan seks sejenis.

"Oleh kerana sifat virus itu merebak secara geografi di seluruh Eropah, penularan mungkin berterusan untuk tempoh tertentu," katanya.

Beliau berkata, WHO sedang bekerjasama dengan negara-negara terbabit untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, mencari kemungkinan sumber jangkitan, cara virus merebak dan mengehadkan penularan selanjutnya.

Katanya, kebanyakan kes yang sedang disiasat di Eropah hanya menunjukkan simptom ringan.

Antara gejalanya termasuk demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan.

Kes pertama kali direkodkan di Republik Demokratik Congo pada 1970-an. - Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar