web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PERHILITAN Tidak Temui Jejak Harimau Di Kemensah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 10:00AM

Pasukan PERHILITAN telah meninjau kawasan berhampiran namun gagal menemui sebarang jejak kewujudan harimau di kawasan Kemensah. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha mengesan jejak harimau yang didakwa dilihat di Kemensah Heights, Hulu Selangor, tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan kehadiran haiwan itu di kawasan tersebut, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Dennis Ten Choon Yung memberitahu The Vibes, renjer yang menjalankan tinjauan di kawasan berkenaan gagal menemui sebarang jejak yang mungkin ditinggalkan haiwan terbabit.

''Pasukan kami telah memeriksa kawasan berkenaan dan kami gagal mengesan sebarang petanda kehadiran haiwan itu. Tiada jejak ditemui dan tidak ada bukti yang menunjukkan harimau berada di kawasan terbabit.

''Nampaknya ia bukan harimau, boleh jadi anjing, kucing, boleh jadi apa sahaja,” kata Ten ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan PERHILITAN telah menghubungi individu yang mana suaranya tular di media sosial, yang telah memberi amaran kepada penduduk Kemensah Heights untuk berada di dalam rumah sehingga haiwan itu ditangkap, untuk mengesahkan dakwaannya.

''Kami telah menghubunginya iaitu Encik Fadzil. Masalahnya beliau juga tidak dapat mengesahkan perkara itu,” katanya.

Ten berkata renjer PERHILITAN masih ditempatkan berdekatan lokasi yang sepatutnya bagi meneruskan pemantauan.

''Renjer kami akan sentiasa berada di situ, namun mereka mereka tidak akan mencari secara khusus harimau itu kerana tiada kesan ditemui. Jadi kita perlu meninjau secara berterusan di kawasan berhampiran,” katanya.

Ten mendedahkan bagaimana beliau dihujani dengan panggilan telefon daripada penduduk yang bimbang, dan kesal kerana dakwaan terbabit telah mencetuskan panik di kalangan penduduk terbabit.

''Kami bimbang ia mungkin mencetuskan perasaan tidak selamat dan panik di kalangan penduduk, tetapi kami tidak dapat mengesahkan kejadian itu.

''Ada pihak yang bertanya kepada saya sama ada saya telah menangkap haiwan itu, tetapi masalahnya kami tidak dapat mengesahkan kewujudannya," keluhnya.

Manakala Ketua Polis Ampang,  Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha ketika dihubungi memaklumkan renjer juga tidak dapat mengesahkan kehadiran binatang itu.

''Sehingga 7 malam, renjer memberitahu tiada tanda-tanda harimau berkeliaran berhampiran kawasan itu,” katanya kepada The Vibes.

Terdahulu tular rakaman suara mengenai kelibat haiwan liar itu di kawasan berkenaan yang mencetuskan kebimbangan orang ramai, khususnya pihak pengurusan penduduk di situ.

Menerusi rakaman suara itu, kedengaran seorang lelaki bernama Encik Fadzil memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi penduduk yang memaklumkan mengenai situasi terbabit. - Getaran, 21 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan