web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


97,169 Barang Tiruan Bernilai RM2.82 Juta Dirampas Sejak Januari - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 9:27PM

Ariffin Samsudin (tengah) menunjukkan beg tangan dipercayai tiruan yang dirampas pada sidang media susulan kejayaan serbuan di sebuah pusat pemborong terkemuka Jalan Kenanga, Kuala Lumpur pada 17 Mei lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 43,929 produk tiruan dianggar bernilai RM1.07 juta dalam serbuan terkininya ke atas empat premis berasingan di sebuah pusat borong di Jalan Kenanga di sini, pada 17 Mei lalu.

Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan, masing-masing pemilik premis itu dan pekerja di stor berkenaan.

“Serbuan KPDNHEP tersebut adalah menerusi hasil risikan selama dua minggu oleh pasukan kami berikutan aduan daripada pemilik cap dagang jenama terbabit.

“Hasil pemeriksaan di keempat-empat stor berkenaan, pasukan serbuan menyita 43,929 unit barang disyaki tiruan terdiri daripada beg, dompet, tali pinggang dan minyak wangi berjenama,” katanya hari ini.

Ariffin Samsudin berkata, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menjual menerusi platform dalam talian.

Katanya, jualan secara fizikal hanya dibenarkan kepada pelanggan tetap sahaja untuk mengelak daripada dihidu pihak berkuasa.

Tambahnya, premis berkenaan beroperasi secara tidak menentu sejak tiga tahun lalu, di mana pemilik premis akan menghentikan perniagaan buat sementara jika mengesyaki kegiatannya dihidu pihak berkuasa.

“Siasatan mendapati, premis ini sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu secara ‘on-off’. Bila dia (pemilik) rasa pihak berkuasa sedang perhati dia tutup, kemudian beberapa lama kemudian dia buka balik.

“Manakala, kos sebuah beg tiruan terbabit dianggarkan sekitar RM30 dan dijual dengan harga bermula dari RM100 hingga ke RM400, bergantung kepada platform serta lokasi jualan. Minyak wangi tiruan dijual hampir dengan harga produk asli untuk mengaburi pembeli,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sudah merampas 97,169 unit produk tiruan yang dianggarkan bernilai RM2.82 juta dalam Op Jeriji 3.0 di seluruh ibu negara sejak Januari lalu hingga hari ini.

Jelasnya, sebanyak 13 tangkapan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 setakat bulan April bagi tahun ini atas kesalahan berkaitan dengan harta intelek. - Getaran, 20 Mei 2022.
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan