Berita Terkini

2 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Isu Kahwin Baharu, Rakyat Minta Najib Jujur, 'Benda Baik Jangan Sembunyi'

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 4:22PM

Tular gambar Najib yang dikatakan berkahwin lagi di media sosial hingga mencetuskan 'kekecohan' di media sosial. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Penularan gambar memaparkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan seorang wanita yang memegang erat lengannya sambil diapit beberapa individu di media sosial sejak beberapa hari lalu, mencetuskan kekecohan pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik serta netizen.

Gambar seolah-olah mereka merakamkan foto keluarga ketika menyambut majlis keraian itu, turut menimbulkan spekulasi adakah Ahli Parlimen Pekan terbabit memiliki isteri baharu walaupun masih berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

Biarpun menjadi isu hangat, sehingga kini Najib masih mengunci mulut dan sikapnya itu mencetuskan persoalan kerana beliau dikenali sebagai individu yang aktif mengulas sesuatu isu berkaitan dirinya di media sosial.

Namun, penularan gambar itu tidak terlalu mengejutkan bagi segelintir pihak kerana khabar angin bahawa Najib berkahwin baru sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lalu.

Antara pemimpin yang tampil memberikan reaksi berhubung penularan gambar itu adalah Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mengucapkan ‘selamat pengantin baru Datuk Seri!’.

Ucapan ringkas itu ditulis Wan Ahmad Fayhsal menerusi ruangan komen di sebalik gambar dimuatnaik Najib yang memaparkan beliau menghadiri makan malam bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi republik berkenaan ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Setakat ini, komen itu menerima 823 emoji, termasuk tanda suka daripada pelayar media sosial terbabit dan ratusan maklum balas.

Ruangan komen itu juga dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen, selain ada yang mengajukan adakah benar Najib sudah mendirikan rumahtangga sekali lagi.

Ada netizen meminta Najib untuk berterus-terang sama ada beliau sememangnya sudah berkahwin baru atau tidak demi mengelakkan perkara itu menjadi tidak baik.

Menurut seorang netizen, ShahbudinHusin, keputusan mendirikan rumahtangga ibarat membina masjid dan ia adalah perkara baik dalam agama, malah tidak digalakkan menyembunyikannya kerana mungkin boleh mengundang fitnah.

“Sebab itu, dalam hal ini, sementara isu perkahwinan ini sudah lama diperkatakan dan terbaru pula tersebar gambar mengenainya, lebih baik Najib berterus-terang saja.

“Buat benda baik buat apa nak sembunyi-sembunyi,” katanya hari ini.

Dia turut menasihatkan bahawa jika benar sudah berkahwin dan wanita dalam gambar berkenaan adalah isterinya, Najib perlu mengaku serta berkongsi berita gembira itu dengan rakyat.

“Kalau itu bukan isterinya, segeralah pula membuat penafian supaya tidak ada sesiapa terpalit dengan fitnah.

“Cuma jika benar wanita yang memaut lengannya itu adalah isteri daripada perkahwinan terbarunya, ramai kaum lelaki ingin tahu daripadanya, di mana beliau beli ubat berani?,” katanya.

Terdahulu, sebelum berkahwin dengan Rosmah, Najib mendirikan rumah tangga bersama Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada 1976 ketika beliau berusia 23 tahun.

Selain itu, menerusi Twitter, netizen memberi pelbagai reaksi terhadap khabar angin itu, termasuk ada yang seperti merestui ‘perkahwinan Najib’, manakala segelintir masih seakan-akan tidak percaya.

“Pernah dengar dia kahwin lain. Ni ke wifenya (isterinya),” ciap @HasyyatiHussin.

“Tak ada masalah pun kalau dah kahwin, benda halal, kalau tak ada langar undang-undang, biar jelah dia kahwin even if (walaupun) dia Najib sekali pun. Bukan tak biasa pun piliticians (ahli politik) kahwin lebih daripada seorang,” tulis @ichbinSyafiq.

“Serious (serius) ke Najib kahwin?,” tanya @UrghThisKhairul.

“When I see (bila saya nampak) Rosmah trending on Twitter (‘trending’ di Twitter), terus buka google, ‘Najib kahwin lagi?,” coret @nysalle.

“Aku ada dengar gossip (gosip) Najib kahwin baru tahun lepas, tapi tak percaya. Syabas Pak Jib (Najib),” kongsi @IqbalJeffry.

Manakala ada netizen menyiarkan perkongsian pihak tertentu mendakwa wanita itu sememangnya isteri Najib yang sebelum ini bertugas sebagai kru penerbangan dan mereka diperkenalkan seorang ahli keluarga. – Getaran, 20 Mei 2022
 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'

Semasa 18 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 19 jam yang lalu

Muhyiddin Fail Permohonan Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Mengenai Salah Guna Kedudukan