web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Kaji Guna Dron Dalam Operasi Kebakaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2022 12:23PM

Bomba akan mengkaji penggunaan dron untuk operasi pemadaman kebakaran hutan dan struktur seperti bangunan. - Gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengkaji penggunaan dron untuk operasi pemadaman menggunakan bahan kimia, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata operasi tersebut melibatkan pemadaman kebakaran di hutan dan struktur seperti bangunan.

“Beberapa penyelidikan dilakukan terutama melibatkan pemadaman menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) dan ia ada indikasi keberkesanan tetapi kita memerlukan dron yang boleh membawa beban yang lebih kerana untuk membawa air lebih kurang 100 liter, beratnya kira-kira 100 kilogram.

“Kita sedang mengkaji untuk menggunakan dron di tempat-tempat tertentu menggunakan bahan kimia kerana ia lebih berkesan (dalam) proses pemadaman,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Awani Pagi terbitan Astro Awani hari ini.

Beliau berkata setakat ini JBPM mempunyai empat dron yang boleh membawa muatan sederhana berat selain digunakan untuk melakukan pemantauan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Mohammad Hamdan berkata penggunaan dron itu turut membantu mengurangkan risiko kepada anggota selain menjimatkan masa dan tenaga dalam setiap operasi penyelamatan.

Mengenai persediaan JBPM dalam menghadapi peralihan monsun barat daya yang mengakibatkan cuaca panas dan kekeringan serta kemarau beliau berkata seramai 12,500 anggota di seluruh negara termasuk aset berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi situasi itu.

“Kita percaya mulai bulan ini hingga September, kita akan menghadapi musim kemarau dan kekeringan yang membawa kepada krisis air serta kebakaran sehingga menyumbang kepada bencana jerebu.

“Pemantauan akan dilakukan anggota bomba terutama di kawasan ‘hotspot’ dan selalunya keadaan ini menyebabkan kebakaran hutan dan tanah gambut yang lazimnya berlaku di Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar