Berita Terkini

12 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Panik! Malaysia Tidak Alami Krisis Makanan, Perlu Perkasa Pertanian Moden

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 9:02PM

Pekerja memunggah guni gandum ke dalam kereta api di stesen Chawa Pail di Khanna, Punjab, pada 19 Mei. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan India melarang eksport gandum ke luar negara tidak akan menyebabkan berlakunya krisis makanan di negara ini.

Pakar Ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana Malaysia mendapat pelbagai sumber makanan dari pelbagai negara.

Malah katanya, Malaysia tidak bergantung semata-mata kepada import gandum dari India.

“Pada saya dakwaan krisis makanan akan melanda negara ini adalah tidak benar. Negara lain mungkin akan mengalami krisis tersebut tetapi kita sukar kerana kita masih mempunyai fundamental ekonomi yang kukuh dengan rizab antarabangsa yang tinggi, eksport barangan yang sentiasa meningkat dan mempunyai rakan dagang yang pelbagai.

“Memang da kemungkinan kita terpaksa mengimport barangan dengan harga yang lebih mahal, namun kerajaan masih lagi ada ruang untuk mengawal harga makanan dengan program subisidi bersasar,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Namun beliau berpendapat larangan eksport gandum dari India itu akan memberi tekanan inflasi kepada barangan di Malaysia, terutamanya makanan untuk beberapa bulan akan datang.

Susulan itu katanya, untuk pelan jangka pendek, kerajaan mungkin terpaksa menyediakan subsidi bersasar bagi memastikan golongan rentan dan B40 masih lagi mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Namun kerajaan akan membelanjakan RM30 bilion tahun ini untuk memberikan subsidi.

“Maka mungkin kerajaan akan membuat subsidi bersasar supaya golongan tersebut tidak akan terkesan dengan inflasi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kenaikan harga barang ketika ini juga berpunca daripada situasi global seperti krisis Rusia-Ukraine.

“Gangguan bekalan rantaian global bermula sejak tahun lepas, ditambah pula dengan situasi semasa di China yang menutup sektor ekonominya akibat pandemik COVID-19.

“Malah tindakan Indonesia dan India yang mengehadkan eksport komoditi mereka dan Ringgit yang menyusut berbanding Dollar Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang kepada situasi itu,” katanya.

Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Malah beliau berkata, pelaksanaan gaji minima RM1,500 bermula awal bulan ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kenaikan harga barangan.

“Tetapi saya lihat ia (kesan) minimum kerana jika majikan dan peniaga menaikkan harga barangan kerana pelaksanaan itu, pelanggan akan beralih kepada pesaing mereka.

“Keadaan berbeza sekiranya barangan mereka tiada pilihan alternatif lain atau mereka adalah syarikat yang memonopoli pasaran,” katanya.

Pada masa sama, Ahmed Razman berkata, bagi mengelak krisis makanan di kemudian hari, usaha berterusan harus dilakukan bermula dari sekarang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar makanan dan bukan negara pengimport.

Katanya, pertanian menggunakan teknologi moden harus diperkasakan untuk perancangan jangka panjang.

“Kita perlu meningkatkan pengeluaran makanan domestik dan semua ini sudah ada dalam Dasar Agromakanan 2.0 yang dilancarkan baru-baru ini.

“Ini bermakna, dasar sudah ada. Apa yang perlu dibuat sekarang ialah melaksanakan apa yang telah digariskan dalam dasar tersebut,” katanya.

Katanya, sebagai contoh makanan ayam hampir 100 peratus diimport sekali gus menyebabkan peningkatan harga haiwan itu.

“Justeru, usaha berterusan harus dilakukan untuk memastikan negara kita berjaya menghasilkan makanan ayam di peringkat domestik agar tidak terkesan dengan harga barangan import,” katanya.

Dilancarkan pada Oktober lalu, Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) meneruskan agenda pembangunan sektor agromakanan, dengan tumpuan khusus terhadap usaha meningkatkan sekuriti makanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, usaha tersebut bakal dijayakan melalui pemodenan dan pertanian pintar serta memperkukuh rantaian nilai agromakanan.

Menurutnya, keutamaan dasar kali ini memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan produktiviti dan pendapatan serta kualiti hidup dalam kalangan pengeluar sektor makanan.

Terdahulu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut memberi jaminan bahawa bekalan tepung gandum masih mencukupi setakat ini.

Ketua Unit Komunikasi Korporatnya, Yunus Tasim berkata, bekalan tepung gandum tidak terjejas meskipun India melarang eksport barangan itu ke luar negara.

“Kita harus tahu sesuatu pembelian itu berasaskan kontrak. Saya yakin bahawa pengimportan biji gandum dari Ausralia pada kadar 80 peratus, dan selebihnya dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Ukraine, dibuat untuk kontrak jangka panjang.

“Dalam bisnes ini, kita bergantung kepada hubungan bisnes. Hubungan kita dah buat bersama Australia tidak mungkin akan dimungkiri dengan mengambil kuota eksport kepada kita dan beri kepada orang lain. Ia tidak akan berlaku seperti itu,” katanya ketika bersiaran secara langsung di Facebook KPDNHEP, semalam. - Getaran, 19 Mei 2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Semasa 15 jam yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris