web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemilik Akaun TikTok, Lelaki Bawa ‘Senjata’ Di Pusat Beli Belah Diburu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 9:09PM

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemilik akaun TikTok dan lelaki yang membawa ‘senjata’ seperti dipaparkan dalam rakaman video tular semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menyelak baju, sehingga menampakkan satu objek menyerupai senjata diselitkan di seluarnya.

“Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat mengenai penularan video terbabit.

“Kejadian itu dipercayai berlaku dalam sebuah pusat beli-belah di daerah ini yang menganjurkan festival animasi selama empat hari bermula 13 hingga 16 Mei lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, lelaki dalam rakaman itu disyaki seorang daripada peserta yang turut menggayakan watak animasi semasa hadir ke festival tersebut.

Susulan itu katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Kami kini sedang mengesan pemilik akaun media sosial terbabit dan individu dalam rakaman bagi membantu siasatan,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam