web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tebus ‘Kecuaian’, Kerajaan Wajar Bantu Pasukan Karate Lonjak Pencapaian - Kula Segaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 7:31PM

IOSSKAM berjaya membawa pulang banyak pingat termasuk emas di Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa Perancis, baru-baru ini. - Gambar dari Instagram IOSSKAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mengiktiraf kejayaan besar dan membanggakan diraih pasukan persendirian Malaysia yang memenangi banyak pingat, termasuk emas pada Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa Perancis, baru-baru ini.

Malah, mantan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata, perbelanjaan pasukan itu untuk ke kejohanan berkenaan, sepatutnya dihapus kira susulan kejayaan menakjubkan diraih mereka.

“Kejayaan mereka mesti dilihat sebagai satu ‘pembuka mata’, memandangkan mereka meraih pencapaian mengagumkan ini tanpa sebarang tajaan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), agensi kerajaan mahupun organisasi swasta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejayaan pasukan dianggotai sembilan atlet digelar ‘Karate Kids’ itu pada kejohanan yang berlangsung 8 Mei lalu dengan membawa pulang satu pingat setiap seorang, termasuk emas.

Pasukan daripada Persatuan Okinawan Shorin-Ryu Sei-bu-kan Karate Do Antarabangsa Malaysia (IOSSKAM) itu, dilaporkan ke Paris atas kredit dengan bantuan agensi pelancongan tempatan.

Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, susulan ‘kecuaian’ itu, kerajaan wajar memberi penghormatan kepada atlet tersebut atas mentaliti kemenangan, keazaman dan kecemerlangan mereka.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, KBS perlu segera mencari cara untuk membantu mereka mencapai tahap lebih tinggi.

Jelasnya, kerajaan juga harus melihat kaedah untuk membantu pasukan tersebut dalam mencapai impian mereka bersaing di Amerika Syarikat (AS) dan Itali memandangkan mereka masih berusaha mengumpul dana.

“Bagi memastikan tiada atlet terlepas peluang pada masa hadapan, tambahnya, KBS harus bertindak proaktif untuk mengenal pasti bakat dalam pelbagai bidang sukan dan bukan hanya pada yang popular,” katanya.

Menurutnya, langkah seumpama itu akan menyumbang kepada pembangunan sukan yang saksama di negara ini.

“Tanggungjawab membangunkan mereka yang berbakat dan berazam dalam sukan, dalam konteks mengupayakan, memperkasa serta saksama nampaknya hilang dan perlu ditangani kerajaan, khususnya KBS.

“Keupayaan untuk memerhati semangat daya saing dan menyalurkan dana sewajarnya adalah ciri khas KBS yang berwibawa,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad