Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Apa Kelayakan Tajuddin Dilantik Sebagai Duta Besar, Soal MP Pembangkang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 May 2022 2:05PM

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wakil rakyat pembangkang hari ini membangkitkan isu pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dari DAP mempersoalkan sama ada Tajuddin layak memegang jawatan tersebut.

Beliau berkata, pastinya ada merit bagi seseorang yang akan menjadi ‘wajah’ Malaysia di Indonesia bagi memikul dasar, kedudukan dan standard kerajaan, sebagai ‘jendela’ untuk menawarkan kekayaan negara ini.

“Apakah kelayakan dan rekod prestasi yang ditunjukkan oleh Tajuddin untuk beliau mendapat keistimewaan mewakili Malaysia ke negara jiran Indonesia sebagai Duta Besar?,” soalnya menerusi kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Ahli Parlimen Pasir Salak itu mengesahkan pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang berpangkalan di Jakarta.

Jawatan Duta Besar Malaysia di Indonesia kini dilaporkan kosong dengan yang terakhir disandang Datuk Zainal Abidin Bakar.

Sebagai Ahli Parlimen dua penggal, Kasthuri mendakwa, beliau menyaksikan Tajuddin ‘beraksi’, termasuk mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya dan membuat provokasi kepada wakil rakyat lain.

Menurut Kasthuri, Tajuddin juga dipecat pada 1995 oleh UMNO kerana disyaki terlibat dalam politik wang dan tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, ditamatkan pada Mei 2021 selepas insiden kemalangan transit aliran ringan (LRT).

Beliau menambah, pastinya Malaysia memiliki calon lebih baik seperti diplomat dan wakil yang mempunyai pengetahuan, pengalaman serta ketertiban untuk menjadi wajah Malaysia pada persada global, selain bukan lantikan politik.

Kasthuri memberitahu, laman web Kementerian Luar turut menyebut bahawa misi luar negara adalah lanjutan institusi bagi kerajaan Malaysia dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar serta organisasi luar negara, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Kata beliau, menerusi kenyataan laman web sama, peranan utama misi termasuk menjalankan aktiviti yang menggalakkan hubungan mesra dengan kerajaan tuan rumah dan melobi demi kepentingan Malaysia.

Ujarnya, ia menyebut bahawa misi juga mengumpul maklumat politik, ekonomi dan lain-lain informasi, berita serta aktiviti berguna, yang mungkin memberi impak kepada kepentingan Malaysia.

“Adakah Tajuddin memenuhi perkara-perkara yang disebut itu?,” soalnya.

Kasthuri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mesti menjelaskan serta memberi justifikasi kepada semua rakyat Malaysia sebab di sebalik pemilihan Tajuddin, berbanding ramai lagi calon lebih berpengalaman dan berkelayakan yang boleh mengisi tempat sebagai Duta Besar ke Indonesia. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Gantung Keahlian Tajuddin, Ketua Bahagian Alor Setar

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa 1 hari yang lalu

Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

oleh Wartawan Getaran