web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Cadangan GIACC Dibawa Ke Mesyuarat Jemaah Menteri - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 12:24PM

Wan Junaidi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju mempertimbangkan tiga cadangan pembaharuan dikemukakan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) bagi penambah baikan bidang itu.

Cadangan itu adalah tiga hala tuju dasar berhubung Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik, status terkini pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dan pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya bersetuju supaya ketiga-ketiga perkara dicadangkan itu, dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) akan datang dan seterusnya di Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Saya sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan berserta pegawai GIACC dan Biro Pengaduan Awam (BPA).

“Melalui pertemuan tersebut, GIACC membentangkan cadangan pembaharuan berkaitan governans, integriti dan antirasuah untuk pertimbangan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, antara perkara lain dibincangkan adalah status terkini RUU Ombudsman yang dicadangkan untuk dibentangkan kepada kerajaan tahun ini.

Katanya, beliau menyarankan supaya penelitian diberikan kepada aspek dasar penubuhan Ombudsman tersebut bagi memastikan keberkesanan undang-undang berkaitan Ombudsman kelak.

Menurut Wan Junaidi, pihaknya turut menyarankan supaya hebahan berhubung usaha membanteras rasuah terus dipertingkat semua agensi kerajaan.

“Usaha ini adalah bagi membentuk persepsi positif terhadap keseriusan kerajaan dalam membendung rasuah, sekali gus berupaya meningkatkan prestasi negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun akan datang,” katanya. - Getaran, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tun Dr Wan Junaidi Angkat Sumpah Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak Kelapan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Fadillah Ucap Tahniah Pelantikan Wan Junaidi Sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengalaman Luas Layakkan Wan Junaidi Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad