Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nilai Semula Garis Kemiskinan Di Sabah - Penganalisis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2022 12:17PM

Hajiji (dua dari kanan) telah menyerahkan 611 hak milik tanah melibatkan keluasan tanah 3,893 ekar di Tongod, 181 hak milik tanah anak negeri melibatkan keluasan tanah 1,294.296 ekar di Telupid dan 206 hak milik anak negeri di Pitas. - Gambar ihsan Jabatan Ketua Menteri Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Garis kemiskinan sebenar penduduk yang tinggal di daerah termiskin harus dinilai semula, kerana penilaian berdasarkan pendapatan isi rumah mungkin tidak tepat, kata seorang penganalisis.

Lee Kuok Tiung, Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah, berkata Tongod, Pitas dan Telupid mengalami kesesakan lalu lintas, kerana mereka dihubungkan dengan perbandaran utama di pantai timur seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

“Satu fakta menarik mengenai kawasan ini ialah kesesakan lalu lintas di sana. Betul, jika anda miskin, bagaimana ada banyak kereta?

“Jadi, kita perlu membuat kajian atau mungkin juga mentakrifkan semula istilah kemiskinan, kerana adalah tidak tepat untuk hanya mengambil kira pendapatan isi rumah.

“Kita perlu ambil kira bahawa mereka di kawasan luar bandar yang hidup di bawah garis kemiskinan mungkin tidak mendapat banyak wang tunai, tetapi mereka masih mempunyai tanah dan tanaman berbanding di kawasan bandar yang mungkin berpendapatan lebih.

“Inilah sebabnya hal tanah adalah sangat-sangat penting kepada penduduk luar bandar.

“Ia adalah isu sensitif untuk diperkatakan, kerana tidak mudah untuk menentukan sama ada mereka yang tinggal di daerah termiskin itu benar-benar miskin, atau apakah fahaman politik mereka, atau sama ada mereka menyokong GRS-BN,” katanya kepada The Vibes.

“Ini adalah salah satu sebab mengapa isu tanah penting kepada mereka,” tambah Kuok Tiung merujuk kepada tanah yang diserahkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Md Noor semasa lawatannya baru-baru ini.

Lee Kuok Tiung
Lee Kuok Tiung

Hajiji melawat Tongod pada Khamis lalu, Telupid keesokan harinya, dan Pitas pada hari Sabtu, yang kesemuanya disenaraikan sebagai kawasan termiskin di Malaysia.

Kota Marudu, Kudat, Nabawan, dan Beluran juga disenaraikan antara daerah miskin di Malaysia.

Kuok Tiung berkata lawatan ketua menteri pada hujung minggu boleh ditafsirkan sebagai percubaan untuk mengetatkan cengkaman politiknya menjelang pilihan raya umum.

Tambahnya, di satu pihak, ketua menteri menunjukkan kebimbangannya, tetapi di sisi lain, ia boleh dilihat sebagai perjalanan sebelum pilihan raya.

“Lain orang, lain perspektif. Ia boleh menjadi strategi ketua menteri untuk meningkatkan ekonomi di sana, kerana ia bukan sesuatu yang luar biasa baginya untuk melawat.”

Bagi pensyarah Universiti Teknologi Mara Tony Paridi Bagang, beliau berkata rancangan pembangunan lima tahun Hajiji yang dipanggil Sabah Maju Jaya mesti diterjemahkan dengan jelas, kerana ini akan menjadi modal politiknya untuk mendapatkan sokongan dan mengekalkan kesetiaan.

“Kesemua pihak saling menuding jari setiap kali kita bercakap tentang pembangunan, terutamanya di daerah miskin.

“Amat sedih melihat negeri ini masih bergelut dengan isu ini. Ia adalah tanda kepimpinan yang lemah dan mencerminkan kerajaan (sama ada pada masa ini dan kerajaan terdahulu).

“Kerajaan yang ada sekarang tidak boleh sekadar berucap, manakala parti pembangkang sepatutnya menyumbang secara konstruktif. Masyarakat juga mesti memainkan peranan mereka juga,” katanya kepada The Vibes.

Ura-ura pilihan raya umum akan diadakan sudah kedengaran buat beberapa bulan apabila kerajaan bersetuju untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai dalam memorandum persefahaman dengan blok pembangkang Pakatan Harapan.

Semasa lawatannya, Hajiji menjanjikan pembangunan selepas melancarkan beberapa projek komersial di Tongod, Pitas, dan Telupid.

Beliau turut menyerahkan 611 hak milik tanah melibatkan keluasan tanah 3,893 ekar di Tongod, 181 hak milik tanah anak negeri melibatkan keluasan tanah 1,294.296 ekar di Telupid dan 206 hak milik anak negeri di Pitas.

Saiz tanah di Pitas tidak didedahkan oleh pejabat ketua menteri, tetapi difahamkan tanah itu pada mulanya ditetapkan untuk Sawit Kinabalu, sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Pertikaian hak adat telah timbul mengenai tanah di Pitas yang melibatkan Sawit Kinabalu dan masyarakat tempatan.

Semasa pentadbiran kerajaan pimpinan Warisan, negeri telah menggesa Sawit Kinabalu untuk memberikan tanah itu kepada masyarakat dan kerajaan akan menyediakan mereka dengan plot lain sebagai pengganti.

Tetapi Hajiji berkata proses pemulangan tanah itu bermula pada 2011 semasa pentadbiran Barisan Nasional di Sabah melalui kerja ukur tanah hak adat anak negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan sebarang penjelasan mengapa ia mengambil masa 11 tahun untuk menyerahkan hak milik tanah itu.

Di Telupid, Hajiji mengumumkan peruntukan RM5 juta untuk membina balai raya, manakala di Tongod beliau menggesa masyarakat bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk membangunkan aktiviti pertanian seperti penanaman kelapa sawit.

Beliau juga gagal menyebut mengapa banyak daerah kelapa sawit masih berada dalam senarai kemiskinan. - The Vibes, 18 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

3

Semasa 3 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

4

Semasa 5 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 33 minit yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Politik 7 jam yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP