web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Jenayah Seksual Da'i Syed Diteruskan Atau Ditarik Balik Diketahui 31 Mei

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 6:13PM

Gambar Fail, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful akan mengetahui pada 31 Mei ini sama ada dua pertuduhan jenayah seksual yang dihadapinya akan diteruskan dengan perbicaraan atau ditarik balik.

Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh.

“Namun arahan lanjut berhubung perkara itu belum diperoleh daripada ibu pejabat (Jabatan Peguam Negara), maka saya mohon satu tarikh lain ditetapkan dalam tempoh sebulan,” kata Vitiya Monisha.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal berkata kes itu telah dipertimbangkan sebelum ini dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk diputuskan.

 Pada 20 April lepas, mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu kepada hari ini berikutan saksi yang juga mangsa dalam kes itu tidak hadir pada prosiding itu (20 April 2022).

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kes menggunakan kekerasan jenayah, pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Syed Amirul ketika ditemui pemberita berkata walaupun pengadu telah menarik balik laporan polis, pihak pendakwaan masih mempunyai kuasa meneruskan pendakwaan terhadap anak guamnya.

“Kes itu masih boleh didengar (perbicaraan) kerana pihak pendakwaan boleh memaksa saksi ke mahkamah untuk memberi keterangan dengan meminta sapina dan waran tangkap dikeluarkan. 

“Sama ada pihak pendakwaan akan meneruskan kes atau tidak, kami bersedia dalam kedua-dua keadaan," kata peguam itu yang ditemani Syed Shah Iqmal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad