web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Tepung Dijangka Melonjak, Peniaga Makanan Tepuk Dahi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 9:20AM

Tepung adalah antara bahan utama digunakan dalam makanan harian di restoran mamak terutamanya roti canai dan mee namun larangan kerajaan India mengeksport gandum ke luar negara pasti akan memberikan kesan kepada peniaga. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Harga tepung gandum di pasaran dijangka terus meningkat susulan larangan kerajaan India mengeksport gandum ke luar negara berkuat kuasa serta merta.

Implikasi larangan tersebut pastinya kekurangan stok tepung di pasaran, kerana gandum adalah ramuan utama dan sedikit sebanyak, ia membawa kepada lonjakan harga makanan.

Antara golongan yang bakal merasai bahangnya adalah pengusaha bakeri, pengusaha restoran mamak, syarikat pengeluar roti dan sebagainya.

Jawahar Ali Taib Khan
Jawahar Ali Taib Khan

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (PRESMA) Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, jika harga tepung di pasaran meningkat ia akan menyebabkan kos bahan mentah pengusaha restoran juga meningkat.

Menurutnya, tepung adalah antara bahan utama digunakan dalam makanan harian di restoran mamak terutamanya roti canai dan mee.

“Tepung gandum menyumbang kepada 20 peratus bahan mentah untuk digunakan sebagai makanan di restoran mamak, jika kosnya meningkat kami juga akan terjejas.

“Larangan terbaharu kerajaan India itu pastinya menyebabkan bukan saja kenaikan harga tepung gandum malah boleh mengakibatkan kita putus bekalan bahan tersebut dalam jangka masa tiga bulan ke depan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini stok tepung masih lagi mudah diperoleh namun perkara tersebut perlu ditangani segera oleh kerajaan supaya pengusaha restoran mamak, bakeri dan pengeluar roti mampu mengharungi ujian berkenaan.

“Kami pasti tak mampu untuk ‘survive’ jika harga bahan mentah terus meningkat naik, justeru saya cadangkan supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melihat isu ini dengan serius.

“Sampai bila kita perlu mengharapkan bahan mentah daripada negara lain bahkan ia menyebabkan kita terpaksa tanggung implikasi setiap kali pengeluarannya terjejas,” katanya.

Jawahar Ali berkata, setakat ini pihaknya masih mengekalkan harga roti canai dan lain-lain di premis masing-masing namun jika harga bahan mentah terus meningkat mereka tidak mampu untuk terus mengenakan kadar yang sama.

“Isu harga makanan ini adalah sesuatu yang sensitif untuk diperkatakan, namun apa pilihan kami ada jika harga barangan terus naik,” keluhnya.

Jama’ah Lambong bersama anaknya, Nik Muhammad Faiq Danial Nik Ahmad Fadil.
Jama’ah Lambong bersama anaknya, Nik Muhammad Faiq Danial Nik Ahmad Fadil.

Sementara itu, pemilik bakeri Maya Homemade Dessert, Jama’ah Lambong, 40 berkata, tahun ini adalah tahun yang benar-benar menduga bagi perniagaannya susulan peningkatan harga barangan di pasaran.

Menurutnya, bagi memperoleh keuntungan dalam perniagaan, beliau sudah dua kali terpaksa menaikkan harga kek lapis yang dijualnya sejak awal tahun ini.

“Kita bukan saja-saja nak menaikkan harga namun ia disebabkan kos bahan mentah yang semakin meningkat di pasaran.

“Saya sehingga terpaksa bertawakal setiap kali menaikkan harga kek lapis namun setakat ini Alhamdulillah, sebilangan besar pelanggan faham situasi dihadapi,” katanya.

Menurutnya, bulan ini beliau sekali lagi terpaksa menaikkan harga kek lapis jualannya disebabkan kenaikan beberapa lagi harga bahan mentah seperti mentega, coklat dan sebagainya.

“Selepas raya tempoh hari, pembekal ada hubungi saya untuk memberikan senarai harga baharu bahan mentah, kebanyakannya naik harga, jadi saya terpaksa meletakkan harga baru untuk kek lapis.

“Jika tidak, saya berniaga tanpa ada pulangan. Bagaimanapun, sekiranya benar harga tepung gandum akan meningkat ia pasti akan menjejaskan kos operasi saya,” katanya. - Getaran, 17 Mei 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad