web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Terima Laporan Pasukan Petugas Khas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 8:13AM

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan menerima laporan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama dengan Pengerusi Pasukan Petugas Khas berkenaan Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempersembah laporan itu serta taklimat kepada Sultan Ibrahim di Istana Polo, Johor Bahru.

Berangkat sama ke pertemuan itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada 29 Oktober lepas, Kabinet telah bersetuju membentuk Pasukan Petugas Khas itu ekoran keputusan Kerajaan Persekutuan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah bahawa keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.

“Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?” soal baginda dalam satu kenyataan pada tahun lepas.

Pada pertemuan hari ini, Sultan Ibrahim sekali lagi menegaskan kepada Pasukan Petugas Khas bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan Dr Mahathir untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di ICJ perlu dijadikan pengetahuan umum.

“Ini adalah soal kedaulatan negeri Johor. Rakyat Johor berhak untuk mengetahui mengapa Kerajaan PH Pakatan Harapan) mengambil keputusan sedemikian,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘3 Bekas Menteri Itu Bohong, Saya Malu Lantik Mereka’ - Tun M

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

3

2 tahun yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Akan Dikeluarkan Segera - Menteri Pertahanan

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Negara Islam, Arab Puji Keputusan ICJ Supaya Israel Buka Sekatan Ke Gaza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi