web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pesakit Mental Cabul Kanak-Kanak Ditahan, Bakal Dibawa Ke Hospital Bahagia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 8:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang individu yang dipercayai mempunyai gangguan mental, mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat sini, semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Habibi Majinji berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya mengambil keterangan suspek.

"Kita sudah merakam percakapan mangsa dan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

"Berdasarkan keterangan, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an adalah pesakit mental dan kita akan mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan dia dibawa ke Hospital Bahagia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan mendapati mangsa diarah ibunya ke kedai runcit di hadapan rumah bersama seorang sepupu lelaki berusia 3 tahun pada jam 10.15 pagi.

“Dalam laporannya, ibu mangsa yang berusia 35 tahun mendakwa, suspek menahan anaknya di pintu lif sebelum bertindak meraba alat sulit serta dada kanak-kanak perempuan tersebut.

“Mangsa menangis apabila pulang ke rumah dan menceritakan kepada ibunya bahawa dia dikejar serta dihalang suspek di lif blok perumahan terbabit sebelum dicabul,” katanya. - Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek