web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Kekal Dalam IAC - ANGKASA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 4:31PM

Abdul Fattah Abdullah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kedudukan wakil Malaysia dalam Perikatan Koperasi Antarabangsa (IAC) sejak 2017 perlu dipertahankan dalam pemilihan yang akan berlangsung pada Jun ini di Sevilla, Sepanyol. 

Bagi memastikan satu daripada 15 jawatan ahli lembaga pengarah IAC dapat dikekalkan, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) sedang meneliti cadangan yang boleh diutarakan dalam mesyuarat dan pemilihan itu kelak. 

Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, empat teras utama menyaksikan kejayaan besar gerakan koperasi di Malaysia akan dibentangkan di hadapan wakil dari 500 organisasi berkaitan koperasi seluruh dunia, yang dijangka mengambil bahagian dalam mesyuarat berkenaan. 

"Kita mempunyai model (gerakan) koperasi yang berjaya dan ini adalah kekuatan Malaysia, terutamanya dalam aspek pengurusan koperasi.
Antara model itu ialah gerakan koperasi di peringkat sekolah, koperasi komuniti, koperasi produk halal dan model koperasi patuh syariah yang mempunyai potensi dikembangkan ke peringkat global. 

"Contohnya (model) koperasi komuniti yang membabitkan penubuhan koperasi kariah masjid, ia mampu dikembangkan kerana banyak masjid di tempat lain (luar negara) tidak mempunyai koperasi (kariah masjid) sedangkan ia adalah satu cara menambahkan pendapatan ahli (kariah) mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Daerah Kuantan di Indera Mahkota, di sini, hari ini. 

Abdul Fattah turut memaklumkan, delegasi Malaysia bagi menghadiri mesyuarat dan pemilihan IAC itu akan diketuai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar. 

Katanya, pemilihan wakil Malaysia dalam IAC itu sangat penting untuk memastikan pelan strategik jangka panjang ANGKASA dapat dilaksanakan seperti dirancang. 

"Kita sudah melancarkan Pelan Strategik ANGKASA 50 (PESAN50) minggu lepas bagi mengukuhkan lagi kedudukan ANGKASA sebagai gerakan memasyarakatkan dan membudayakan koperasi sebagai gaya hidup pilihan utama di Malaysia.

"Kita juga akan meneruskan tanggungjawab menjayakan (agenda) pembangunan sosio ekonomi bagi mensejahterakan rakyat," katanya. - Getaran, 14 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad