web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sektor Pelancongan Kekurangan 15,000 Hingga 20,000 Pekerja

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 3:27PM

Nancy Shukri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sektor pelancongan negara kini berhadapan kekurangan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang pekerja, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurutnya anggaran tersebut diperoleh daripada data persatuan-persatuan pelancongan tempatan dan masalah itu bukan hanya dihadapi oleh sektor itu malah melibatkan keseluruhan industri lain dalam negara.

Nancy berkata kerajaan kini sedang berusaha menangani isu tersebut termasuk dengan membawa masuk pekerja dari luar negara.

“Secara rasmi, kementerian saya telah mengemukakan perkara ini (masalah kekurangan pekerja) kepada Kabinet dan kerajaan sebenarnya sudah luluskan untuk membawa pekerja dari luar negara.

“Cuma buat masa ini perkara itu baru diluluskan dan harus melalui beberapa proses, kita perlu tunggu,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penggiat industri pelancongan di sini, hari ini.

Beliau berkata majikan disaran supaya mengambil pekerja tempatan, selain menjangkakan masalah tersebut dapat diselesaikan dalam satu ke dua bulan lagi terutama apabila negara kini sudah memasuki fasa peralihan ke endemik.

Sementara itu, katanya, bilangan pelancong yang memasuki negara setakat ini telah mencecah lebih 500,000 orang dan beliau yakin angka itu akan terus meningkat sehingga hujung tahun ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad