Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969, Rakyat Perlu Syukuri Keamanan, Perpaduan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 10:25PM

Rakyat Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara dan mensyukuri nikmat yang diperolehi hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun 53 tahun berlalu, tanggal 13 Mei 1969 tetap dianggap ‘mimpi paling ngeri’ dalam lipatan sejarah Malaysia apabila menyaksikan berlakunya rusuhan kaum sehingga negara disytiharkan darurat.

Berdasarkan angka rasmi susulan peristiwa berdarah itu dari 13 Mei hingga 31 Julai 1969, seramai 196 orang dilaporkan kehilangan nyawa, walaupun terdapat pihak menganggarkan jumlah kematian adalah lebih tinggi.

Dilaporkan, kejadian yang berlaku selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-3 (PRU-3) itu, menyebabkan kira-kira 6,000 orang kehilangan tempat tinggal, sekurang-kurangnya 211 kenderaan musnah atau rosak dan 753 bangunan rosak atau terbakar.

Justeru, mengimbau detik sukar berkenaan yang tercetus akibat provokasi kaum, kita sebagai rakyat seharusnya mensyukuri nikmat dimiliki hari ini.

Dapat ‘melepak’ di kedai kopi dengan kenalan berbeza bangsa, meraikan kepelbagaian budaya dan menjalani kehidupan bebas tanpa diskriminasi kaum adalah keistimewaan tiada nilai harus dihargai setiap rakyat bagi memastikan keindahan itu tidak ‘diragut’.

Dr Ramlah Adam - Gambar Bernama
Dr Ramlah Adam - Gambar Bernama

Mengulas mengenai kisah di sebalik tarikh menggerunkan dan iktibar harus dipegang rakyat, Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam berkata, 13 Mei adalah satu peristiwa ‘sejarah hitam negara’ akibat terlerai perpaduan antara Melayu dan Cina ketika itu dek provokasi kaum tertentu

Justeru, beliau berpendapat, generasi pada hari ini harus mengambil iktibar daripada sejarah lampau itu supaya lebih berhati-hati dalam memberi pendapat, membuat kenyataan dan melakukan tindakan.

“Iktibar ini bukan sahaja perlu diterapkan dalam kalangan orang ramai, tetapi juga ahli politik dan golongan profesional dengan jangan menjadikan hubungan kaum itu sebagai satu isu.

“Bagi saya Malaysia ini sudah matang dan lebih 60 tahun kita membentuk negara bangsa, jadi patutnya apa-apa perbezaan kita selesaikan dengan baik, saling hormat-menghormati, berunding.

“Maksudnya kalau kita ada isu berbangkit, kita berunding baik-baik, matlamatnya untuk mendapat satu keamanan dan perpaduan,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Ramlah berkata, satu daripada perkara sepatutnya dielakkan adalah membangkitkan isu Perlembagaan dan mempertikaikan peruntukan terkandung dalam dokumen undang-undang bertulis berkenaan.

Katanya, sebagai contoh, tindakan mencetuskan isu mengenai keistimewaan kedudukan orang Melayu kerana ia sudah termaktub sejak berpuluh tahun lalu.

Beliau berkata, apa yang terkandung dalam Perlembagaan adalah bersifat kekal dan bermaksud akta serta undang-undang ditetapkan tidak boleh dihapuskan selama-lamanya.

“Tetapi akta Perlembagaan itu bukan bermakna kita menghapuskan hak orang (kaum dan bangsa) lain, tak ada begitu, hak orang lain tetap dijaga dengan baik oleh undang-undang. Malah kita dapati benda itu tidak menyebabkan orang Melayu jadi sombong atau bertindak melampaui batas.

“Jadi bagi saya peruntukan Perlembagaan itu kita kena hormat, iaitu kedudukan istimewa Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu kerana ia sudah jadi dasar negara.

“Misalnya, dalam Perlembagaan ditetapkan institusi raja menjadi ketua negara dan ketua negeri dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, jadi kita tak payahlah nak hina, termasuk Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Menurut Ramlah, bagaimanapun, perkara itu tidak menghalang agama lain untuk diamalkan di Malaysia yang terbukti dengan kewujudan ratusan gereja dan kuil.

Bagi mengelakkan kemelut, tegasnya, masyarakat di negara ini harus berfikir walaupun Islam ditetapkan sebagai agama utama Malaysia, Perlembagaan menggariskan ia perlu menghormati semua kaum lain.

Mengulas lanjut, Ramlah berkata, generasi hari ini sepatutnya tidak mencetuskan sebarang konflik yang mampu mengganggu gugat perpaduan dan kestabilan dimiliki negara, khususnya berkaitan isu kaum.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, golongan itu perlu bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara, sekali gus mengelakkan isu negatif dibangkitkan sehingga boleh mengembalikan kisah hitam negara seperti peristiwa 13 Mei 1969.

“Generasi muda harus menjadikan diri mereka lebih berkelayakan, berpelajaran, berkualiti, mendapatkan ilmu profesional yang baik, selain mesti menggunakan kelebihan diri mereka itu sebagai sumber tenaga manusia untuk memajukan negara,” katanya.

Pada masa sama, Ramlah berkata, setiap rakyat di negara ini tidak mengira kaum, bangsa dan agama, perlu membuang sikap bahawa Malaysia adalah negara asing kepada mereka atau merasakan mereka tidak diterima.

Mereka, katanya, harus memiliki perasaan mencintai dan menghargai keistimewaan negara sendiri, malah berusaha memupuknya.

“Jangan juga terlalu agungkan negara luar, kadang saya tengok menjadi-jadi padahal negara luar berbeza dengan kita.

“Ada pula nak ikut negara luar tapi positifnya tidak lihat, orang negara luar ikut undang-undang tapi kita di sini sering bersikap sebaliknya, contoh mudah buang sampah, tidak mematuhi peraturan keselamatan jalan raya,” katanya.

Gambar AFP
Gambar AFP

Bagaimanapun, Ramlah berkata, paling penting bagi mewujudkan perpaduan dan mengelakkan isu perkauman, pelaksanaan undang-undang di negara ini tidak boleh dipratikkan secara berat sebelah atau ‘pilih bulu’.

“Keadilan undang-undang itu mesti adil untuk semua orang, ini juga satu konteks negara bangsa kita yang bagus, jangan kita pilih-pilih, ada orang buat kes berat tapi hukuman tak setimpal, ada pula bebas, adil ke?.

“Benda seperti ini (ketidakadilan undang-undang) yang akan mencetuskan rasa tak puas hati, sebab itu saya rasa pihak berkuasa kena betul, pihak kehakiman kena betul, pihak orang politik pun kena betul, orang ramai juga kena betul, jangan mereka cetus isu perkauman.

“Ada juga salah ahli dan pemimpin politik apabila mereka sendiri mencetuskan masalah perkauman, jadi pemimpin dan parti mereka ini kena menunjukkan contoh baik kepada rakyat, terutama generasi muda,” katanya. – Getaran, 13 Mei 2022
 

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Cuepacs Selangor Kecewa Ahli Parlimen PN Cuba Gagalkan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Politik 1 hari yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad