web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Antilompat Parti Dibincang Semula 19 Mei, Dibahas Jun Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 6:10PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti akan bermesyuarat semula pada 19 Mei ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada mesyuarat itu, jawatankuasa tersebut akan meneliti draf RUU disediakan Jabatan Peguam Negara, berpandukan maklum balas diterima menerusi semua keputusan dasar dan perincian tafsiran dibuat mesyuarat semalam.  

“Mesyuarat jawatankuasa yang berlangsung semalam mencapai kata sepakat hampir semua perkara dasar mengenai gubalan RUU itu, sepertimana diusul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(2) dan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas di bawah Peraturan 81(1) Majlis Dewan Rakyat yang diluluskan semasa sidang Mesyuarat Khas pada 11 April lalu.

“Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu juga sudah mendapatkan pandangan bertulis (written submission) daripada badan bukan kerajaan (NGO), Kumpulan Masyarakat Madani (CSO), parti politik dan pakar akademik berkaitan parameter gubalan RUU tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, segala prosiding dalam jawatankuasa tersebut akan direkodkan menerusi satu penyata selaras dengan ketetapan Peraturan Mesyuarat 80 (1). 

“Penyata itu akan dibentangkan kepada ahli jawatankuasa tersebut untuk mendapat persetujuan dan seterusnya akan dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dicadang untuk diadakan pada Jun ini.

“RUU itu dicadang dibentangkan dan dibahaskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa ditetapkan nanti,” katanya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen itu dipengerusikan Wan Junaidi dengan ahlinya terdiri daripada Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Lukanisman Awang Sauni, Gobind Singh Deo, Mohamed Hanipa Maidin, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Datuk Ignatius Dorell Leiking.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, draf RUU itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik.

“Mengikut usul dibentangkan semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 11 April lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberi tempoh masa sebulan untuk menyediakan penyata. 

“Bagaimanapun, jawatankuasa boleh melanjutkan tempoh pembentangan penyata kepada Parlimen mengikut usul sama bagi tujuan memperhalusi draf RUU dan Penyata Parlimen,” katanya.

Pada masa sama, dengan keputusan itu, beliau berharap RUU berkenaan akan dibentangkan pada sidang khas Parlimen di bawah Peraturan 11(3) atas budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pertimbangan Jemaah Menteri. 

Katanya, hingga kini, prestasi jawatankuasa itu adalah sangat mengalakkan dengan sokongan semua ahli termasuk kerjasama daripada Parlimen, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

Terdahulu, RUU Antilompat Parti digesa dilaksanakan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen 2022, iaitu pada Mac lalu susulan daripada persetujuan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai September lalu. - Getaran, 13 Mei 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad