web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bomba Selangor Patahkan 32 Cubaan Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 5:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM) Selangor menerima sebanyak 38 panggilan berhubung kes cubaan bunuh diri sejak awal tahun ini hingga semalam, dan daripada jumlah itu pihak bomba berjaya menggagalkan 32 cubaan.

Pengarah JPBM Selangor, Norazam Khamis berkata enam lagi kes menyaksikan individu yang terlibat tidak dapat diselamatkan, dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dengan kekerapan panggilan berkenaan cubaan bunuh diri yang boleh dikatakan agak tinggi, menjangkau hampir setiap minggu, dan kebanyakan mereka yang terlibat didapati menghadapi masalah berkaitan percintaan, mental dan kewangan.

“Ini kita tahu ketika proses memujuk dan menenangkan mereka… majoriti daripada mereka adalah warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun,” katanya pada pemberita di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor di sini hari ini. 

Sementara itu mengulas pengumuman Jabatan Meteorologi mengenai Monsun Barat Daya yang dijangka melanda negara dari 5 Mei hingga September ini mengakibatkan taburan hujan dijangka rendah, Norazam berkata pihaknya sedang giat melakukan pemantauan di kawasan-kawasan titik panas pembakaran terbuka sekitar Selangor dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Antara lokasi lebih kerap dilakukan pemantauan ialah kawasan di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Kuala Langat; kawasan hutan di Bestari Jaya, Kuala Selangor dan kawasan pertanian Johan Setia di Klang,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad