web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Harian COVID-19 Terus Meningkat, 4 Kematian 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2022 11:13AM

Sebanyak 3,410 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti virus berkenaan adalah 4,470,471 kes. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 dalam negara terus meningkat dengan 3,410 jangkitan baharu dilaporkan semalam.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,470,471 kes.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 3,405 kes tempatan dan lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak empat lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Perak dengan dua kes manakala masing-masing satu di Perlis dan Selangor.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,620 dengan 7,539 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 26,826  kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 94.7 peratus atau 25,414 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 33 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,328 orang atau 5 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 51 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 1,430 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,408,043 kes. 

Sementara itu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 bagi seluruh negara semalam adalah 1.14 dengan Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.09, diikuti Melaka (0.94), Kelantan (0.92), Pulau Pinang (0.91), Kuala Lumpur (0.87), Sabah (0.85) manakala Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 0.83. - Getaran, 13 Mei 202

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad