web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Dapatkan Dos Pertama Vaksin COVID-19 Kanak-Kanak Dilanjutkan 31 Mei

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 9:10PM

Selepas 31 Mei ini, kanak-kanak tidak lagi ditawarkan vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) yang ditetapkan pada Ahad ini, dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, bagaimanapun tarikh akhir pendaftaran dan tempahan janji temu vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera, dikekalkan pada 8 Mei dan tidak akan diterima selepas tarikh tersebut.

“Mengambil kira sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti kelepasan am yang jatuh pada tarikh akhir pemberian vaksin serta penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) pada 10 Mei lalu, memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak ke 31 Mei ini.

“Keputusan itu dibuat untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang masih ingin mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak mereka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Dr Noor Azmi berkata, ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei lalu serta memilih tarikh vaksinasi sebelum atau pada 31 Mei ini, boleh meneruskan janji temu dipilih.

“Janji temu dalam aplikasi MySejahtera akan terbatal secara automatik sekiranya ibu bapa mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei tetapi memilih tarikh vaksinasi selepas 31 Mei ini.

“Ibu bapa yang mendaftar selepas 8 Mei, pautan tempahan janji temu dalam aplikasi MySejahtera juga tidak akan diberikan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, ibu bapa yang mendaftar dan membuat janji temu sebelum atau pada 8 Mei dan selepas tarikh tersebut, masih boleh membawa anak untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 secara ‘walk-in’ di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 31 Mei ini.

“Pemberian vaksin di Klinik Kesihatan KKM adalah bergantung kepada bekalan vaksin tersedia di sesebuah Klinik Kesihatan dan secara ‘first come basis’ (berdasarkan kehadiran awal).

“Sekiranya bekalan vaksin pada hari tersebut habis, ibu bapa perlu datang semula pada hari berikutnya,” katanya.

Menurut beliau, selepas 31 Mei ini, kanak-kanak tidak lagi ditawarkan vaksin COVID-19 secara percuma di bawah PICKids dan perlu mendapatkannya secara berbayar di pasaran swasta.

Namun katanya, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei ini kerana dijangkiti COVID-19.

“Mengambil kira komplikasi Sindrom Keradangan Multisistem Dalam Kanak-Kanak (MIS-C) yang mungkin berlaku, ibu bapa disarankan membawa anak mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’ ke Klinik Kesihatan dalam tempoh enam minggu selepas sembuh dari jangkitan ataupun selewat-lewatnya pada 30 Ogos depan,” katanya.

Jelas beliau, pemakluman tersebut tidak terpakai bagi kanak-kanak yang mencapai usia lima tahun pada atau selepas 31 Mei ini.

“Ibu bapa kepada kanak-kanak dalam kategori itu boleh membuat pendaftaran dan tempahan janji temu vaksin COVID-19 dos pertama melalui aplikasi MySejahtera sehingga 15 Januari depan untuk menerima vaksinasi COVID-19 di bawah program PICKids.

“Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama di bawah program PICKids bagi kategori tersebut adalah pada 31 Januari depan.

“Saya berharap ibu bapa yang berhasrat memberi vaksin kepada anak mereka tetapi belum berkesempatan untuk berbuat demikian, rebutlah peluang terakhir ini sebelum terlambat,” katanya.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang covidnow.moh.gov.my, sehingga semalam, jumlah kanak-kanak  divaksin di seluruh negara ialah sekitar 44 peratus melibatkan sekurang-kurangnya satu dos, manakala 27 peratus bagi dua dos.

Jumlah itu bersamaan lebih 1.5 juta kanak-kanak di Malaysia yang menerima vaksin setakat ini, dengan lebih 800,000 daripadanya sudah lengkap menerima dua dos suntikan.

Jika dihitung, jumlah itu masih kecil berbanding bilangan keseluruhan empat juta kanak-kanak yang layak menerima vaksin di seluruh negara.

Angka itu turut menunjukkan penerima vaksin kanak-kanak terendah direkodkan di Kelantan dengan 14 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala hanya tujuh peratus menerima dua dos.

Sarawak mencatatkan jumlah kanak-kanak paling ramai divaksin, iaitu sebanyak 83 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 58 peratus lengkap dua dos. - Getaran, 12 Mei 2022

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad