Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Mangsa Kemalangan Ceria, Selera Jamah Nasi Goreng Kegemaran Ketika Aidilfitri - Nenek

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 4:43PM

Iqbal Hasnun (berdiri kiri) bersama ahli keluarganya ketika merakamkan gambar Aidilfitri tahun ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam nahas berhampiran Terowong Menora dekat Kuala Kangsar malam tadi, kelihatan cukup ceria ketika meraikan Aidilfitri di kediaman keluarganya di Taman Impian Jaya, Senai, di sini, Sabtu lalu.

Malah, mangsa, Iqbal Hasnun Halimi, 23, tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap ketika ditemui ahli keluarga.

Neneknya, Painam Selamat, 82, berkata, dia menghadiri jamuan raya di kediaman keluarga Iqbal Hasnun pada Sabtu lalu, walaupun sudah bersua muka pada hari raya ketiga ketika mereka pulang meraikan sambutan itu di rumahnya di Kampung Puteri Menangis, Benut, Pontian.

Katanya, dia juga sempat menyediakan nasi goreng yang menjadi kesukaan cucunya itu dan dinikmati Iqbal Hasnun penuh berselera.

“Pada raya ketiga, dia (Iqbal Hasnun) sekeluarga datang ke rumah saya di Benut. Saya sempat masakkan dia nasi goreng sebab itu makanan kegemarannya.

“Sabtu lalu pula, kami sekeluarga datang beraya ke rumah keluarga dia di Senai.

“Dia cukup ceria dan tiada sebarang perubahan sikap ditunjukkan,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga cucunya itu, hari ini.

Suasana suram dan pilu menyelubungi kediaman itu apabila ahli keluarganya mula berkumpul, sejak awal pagi tadi.

Painam (tengah) serta Mohd Hairudin (kanan) melihat foto Iqbal dan keluarganya ketika ditemui Getaran hari ini.
Painam (tengah) serta Mohd Hairudin (kanan) melihat foto Iqbal dan keluarganya ketika ditemui Getaran hari ini.

Bapa saudara Iqbal Hasnun, Mohd Hairudin Paralan, 38, berkata, mangsa adalah anak sulung daripada empat beradik dan sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di USAS selepas menamatkan pengajian peringkat diploma di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

“Saya masih lagi terkejut apabila dimaklumkan tentang nahas yang meragut nyawa Iqbal Hasnun.

“Dia seorang anak yang baik dan mesra dengan semua sanak saudara, malah pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke luar negara.

“Namun tidak sangka, dia akan pergi lebih awal,” katanya.

Menurut Hairudin, ibu Iqbal Hasnun, Siti Nor Laila Paralan, 46, bersama suaminya, Halimi Ali Yahad, 50, dan tiga anak lain berusia empat tahun hingga 18 tahun masih berada di Hospital Kuala Kangsar untuk menguruskan hal jenazah.

“Saya diberitahu, mereka sekeluarga bertolak ke Kuala Kangsar awal pagi tadi selepas mengetahui mengenai nahas itu.

“Kami sekeluarga masih menunggu khabar berita untuk urusan pengebumian di sini,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, sekumpulan lima pelajar USAS maut serta rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam  kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Terowong Menora pada jam 12.52 tengah malam dan terbakar di lokasi kejadian.

Berdasarkan laporan media, polis sudah menahan reman pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dipetik berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Dekat Selekoh Pun Nak Memotong

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Bapa Megat Ashman Aqif Berlepas Ke New Zealand Malam Ini - Datuk

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 14 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza