web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menjelang Debat Perdana Malam Ini, Anwar Minta Pandangan, Cadangan Rakyat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 9:00AM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Debat Perdana Anwar-Najib yang bakal berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di sini, malam ini pastinya dinantikan rakyat memandangkan kedua-dua pemimpin itu adalah figura politik yang disifatkan memiliki karisma, ketokohan dan pengikut tersendiri.

Menjelang detik penting itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi  video di Twitter meminta rakyat berkongsi pandangan, cadangan dan soalan yang sesuai dikemukakannya kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pentas perdebatan berkenaan.

“Saya ingin membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan soalan kepada Datuk Seri Najib Razak. Balas tweet ini dengan cadangan soalan anda.

“Esok ada debat dengan Datuk Seri Najib Razak, jikalau saudara dalam kedudukan seperti saya, diminta untuk menanyakan satu soalan kepada beliau, apakah cadangan saudara akan kemukakan, soalannya.

“Tolong saya, nasihat saya, terima kasih,” katanya menerusi video berdurasi 32 saat itu.

Setakat dimuat naik petang semalam, perkongsiannya itu mendapat hampir 17,000 tontonan dan ratusan komen.

Pengikut media sosialnya tidak melepaskan peluang untuk memenuhi permintaan beliau apabila memberikan pelbagai maklum balas.

“Najib kata masa dia PM (Perdana Menteri) rezab Petronas, Khazanah dan lain-lain naik, pelaburan naik, kalau masa pemerintahan dia bagus kenapa dia tarik subsidi minyak, tepung dan lain-lain? Soalan ni masa saya komen kat Facebook dia, saya terus kena block (sekat),” ciap @aiamDeen.

“Bolehkah Datuk Seri jelaskan apakah manfaat yang Malaysia dan rakyat Malaysia perolehi hasil daripada pemberian Tanjung Pagar dan kesemua tanah milik KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad) di Republik Singapura kepada negara berkenaan?,” komen @Jzakiy.

“Kenapa Islamic banking (perbankan Islam berterusan ‘deceiving’ (memperdaya) orang ramai. Islamic banking tak praktis apa yang mereka katakan, sebaliknya mereka praktis loan with interest (pinjaman dengan faedah). Jadi dimanakah keadilan boleh pengguna mendapatkan keadilan,” respon @muz3992.

“Apa impak kegagalan 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) yang nyata kita nampak sekarang bagi tempoh 15-20 tahun akan datang?,” ciap @abiebdvorack.

Manakala, ada pengikut mengingatkan supaya kedua-dua pemimpin itu memberikan hujah yang memfokuskan kepada topik perdebatan diumumkan ketika sidang akhbar berhubung acara itu sebelum ini.

“Mohon fokus tajuk debat Sapura pada esok hari (hari ini), harap tak lari tajuk yang diberikan nanti,” kata @Muhama51470097.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menerusi sidang media khas bersama baru-baru ini, menjelaskan format debat itu akan merangkumi tiga bahagian. 

“Pertama, debat itu akan menyentuh berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB) serta sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

“Kedua, berhubung ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir dan hala tuju negara. Bahagian terakhir adalah sesi soal jawab,” katanya.

Debat dijadualkan bermula jam 9 malam itu boleh disaksikan secara langsung, sama ada melalui saluran media utama, termasuk media sosial atau hadir ke lokasi. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 2 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 2 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran