web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Kesan Modus Operandi Penipuan Jualan Tiket Penerbangan, Rugi Lebih RM200,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 6:46PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi baharu kes penipuan penjualan tiket penerbangan secara dalam talian membabitkan kerugian dianggarkan bernilai RM233,954.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata PDRM menerima 20 kes penipuan dan ia masih dalam siasatan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan mangsa telah melayari laman sosial (http://cafe.naver.com/mymalaysia) yang memaparkan iklan penjualan tiket penerbangan yang didakwa dikendalikan oleh syarikat Apsan Travel and Tour Sdn Bhd.

“Mangsa membeli tiket penerbangan yang diiklankan kerana tertarik dengan tawaran harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

“Setelah pembayaran dibuat, mangsa gagal memperoleh tiket penerbangan yang dibeli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai agar berwaspada apabila membuat sebarang transaksi dalam talian dengan individu yang tidak dikenali di laman sosial yang menawarkan pelbagai tawaran dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

“Orang ramai dinasihatkan untuk elak membuat pembayaran ke dalam akaun bank atas nama individu yang berlainan daripada nama penjual dan perlu membuat semakan akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi ‘CCID Scam Response Center’ di talian 03-26101559/1599,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh dihukum penjara minimum setahun dan tidak melebihi 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Rencana 2 tahun yang lalu

Jangan Leka, Jenayah Penipuan Kewangan Masih Berleluasa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek