web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gigih Rentas Negeri, 3 Warga Pakistan Ditahan Guna Borang Palsu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 4:53PM

3 warga Pakistan ditahan bayar RM50 untuk dapatkan sekeping borang kebenaran rentas negeri namun ia disahkan borang palsu. - Gambar dari Facebook Polis Daerah Johor Bahru Selatan 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Gara-gara ingin merentas negeri, tiga warga Pakistan sanggup membayar RM50 bagi mendapatkan sekeping borang kebenaran merentas negeri daripada individu tidak dikenali.

Bagaimanapun malang menanti apabila kesemua mereka ditahan polis kerana borang terbabit disahkan palsu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, tiga lelaki yang berusia antara 28 hingga 41 tahun itu ditahan di Terminal Larkin di sini, ketika hendak membeli tiket bas ke Kuala Lumpur.

"Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 2.30 petang Jumaat lalu, Polis Bantuan J-Corp Terminal Larkin membuat tangkapan ke atas tiga lelaki Pakistan berusia 28 hingga 41 tahun kerana didapati mengemukakan permit pergerakan yang palsu.

"Hasil tangkapan, kita turut merampas dua borang permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) palsu yang dibeli melalui individu tidak dikenali," katanya, semalam.

Menurut Mohd Padzli, siasatan awal mendapati, suspek tidak mengenali identiti individu yang dihubungi mereka hanya menerusi aplikasi sembang WhatsApp itu. 

Katanya, borang itu dibeli suspek dengan harga RM50 sekeping.

"Bayaran bagi borang itu juga sudah dibayar suspek dengan dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan milik individu terbabit," katanya.

Bagaimanapun, semakan mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. 

Mohd Padzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Suspek katanya, ditahan reman selama 14 hari sehingga 1 April depan untuk siasatan lanjut. 

Pada masa sama, Mohd Padzli turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan jalan mudah bagi mendapatkan borang permit pergerakan PKP daripada individu lain hanya untuk merentas negeri. 

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menyalahgunakan permit pergerakan ini," katanya. – Getaran, 23 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 11 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad